Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hampir Kesemua Penghasilan iPhone Di China Terpaksa Dihentikan

Foxconn Dilapor Panggil Pulang Jurutera China Dari Kilang iPhone Di India

Diterbitkan Julai 3, 2025 oleh Amalina Athman

Foxconn dilaporkan telah memanggil pulang ratusan jurutera dan juruteknik dari China yang sebelum ini ditempatkan di kilang iPhone di India, sekali gus memberi ‘tamparan’ kepada usaha Apple untuk meningkatkan pengeluaran di rantau Asia Selatan itu.

Menurut sumber yang bercakap kepada Bloomberg, sebahagian besar kakitangan Foxconn dari China yang bertugas di kilang iPhone di selatan India telah diarahkan pulang sejak kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, lebih 300 pekerja dari China sudah meninggalkan India, manakala kebanyakan kakitangan sokongan yang tinggal ketika ini adalah dari Taiwan.

Punca belum jelas

Foxconn merupakan syarikat pemasangan terbesar iPhone dan memainkan peranan utama dalam usaha mengembangkan pengeluaran syarikat itu ke India.

Keputusan untuk menarik balik kakitangan dari China dibuat pada waktu yang cukup kritikal, memandangkan Apple dan rakan pengeluarnya kini sedang bersiap sedia untuk meningkatkan pengeluaran iPhone 17. Pada masa sama, Foxconn juga sedang membina sebuah lagi kilang pengeluaran baharu di selatan India.

Setakat ini, masih belum jelas punca sebenar di sebalik penarikan semula kakitangan terbabit. Namun, menurut Bloomberg, langkah itu dilihat selari dengan hasrat pihak berkuasa China yang mahu mengehadkan pemindahan teknologi dan eksport peralatan ke India serta Asia Tenggara, sebagai usaha untuk menghalang syarikat memindahkan operasi pengeluaran ke negara lain.

Kepakaran & kemahiran dari China

CEO Apple Tim Cook sebelum ini menegaskan keputusan syarikat itu untuk terus bergantung kepada China bukan lagi semata-mata disebabkan kos buruh yang rendah.

Sebaliknya, kemahiran dan kepakaran tenaga kerja pemasangan di China menjadi faktor utama Apple kekal menjalankan sebahagian besar pengeluaran di negara itu.

Penarikan semula pekerja China dari India dijangka akan melambatkan latihan tenaga kerja tempatan dan pemindahan teknologi pembuatan dari China, sekali gus berpotensi meningkatkan kos pengeluaran.

Walaupun tidak menjejaskan kualiti pengeluaran iPhone, ketiadaan tenaga mahir itu berkemungkinan boleh menjejaskan kecekapan operasi di barisan pemasangan.

Berkaitan

  • Foxconn Perkenal FoxBrain - Model AI Untuk Pembuatan, Rantaian Bekalan
  • Trump Yakin Apple Boleh Pindahkan Pembuatan iPhone Ke AS
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY