Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Liputan Rangkaian 5G Kedua U Mobile Kini Cecah 54.9%

Diterbitkan Oktober 14, 2025 · Dikemas kini Oktober 14, 2025 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pembangunan rangkaian 5G kedua oleh U Mobile kini menunjukkan kemajuan dengan liputan 54.9% di kawasan berpenduduk (CoPA).

Menurut beliau, Putrajaya mencatat liputan tertinggi iaitu 99.7%, diikuti Kuala Lumpur (90.9%), Labuan (90.8%), Pulau Pinang (82.3%) dan Selangor (70.9%).

Pihak U Mobile telah membentangkan kepada saya status pembangunan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

Setakat ini, liputan 5G kedua mencapai 54.9% di kawasan berpenduduk.

Negeri dengan liputan tertinggi ialah Putrajaya (99.7%), Kuala Lumpur (90.9%), Labuan (90.8%), Pulau Pinang… pic.twitter.com/ufloFffeeX

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) October 13, 2025

Pembangunan rangkaian ini merupakan sebahagian daripada pelan dwi-rangkaian 5G negara, di mana U Mobile dipilih sebagai pembangun rangkaian 5G kedua negara selepas pelaksanaan sedia ada oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Baru-baru ini, U Mobile turut memperkenalkan penjenamaan ULTRA5G yang menjadi identiti rasmi bagi rangkaian 5G miliknya.

Ketika ini, rangkaian ULTRA5G difahamkan sudah aktif di beberapa kawasan utama Lembah Klang termasuk Setapak dan Mid Valley, selain turut beroperasi di Putrajaya, Pulau Pinang dan Labuan.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan bahawa pembangunan rangkaian 5G kedua ini penting bagi memastikan persaingan sihat, liputan yang lebih meluas serta kualiti perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo - RM58/Bulan, Tiada FUP
  • U Mobile Kini Tawar Akses Borong 5G & 4G - Eastel Jadi MVNO Terawal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY