Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 – DNB

DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal

Diterbitkan Januari 3, 2023 · Dikemas kini Januari 3, 2023 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) pada akhir 2022, sekali gus melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 40%.

Menurut DNB, rangkaian itu telah mencecah kira-kira 15 juta penduduk dengan 3,900 tapak yang tersedia. Pihaknya kini memberi tumpuan untuk mencapai sasaran 80% COPA menjelang akhir tahun 2024 atau lebih awal.

Berkaitan

  • Rasmi, Akhirnya Siri iPhone Ini Disenarai DNB Sokong 5G Malaysia
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis

DNB turut memaklumkan liputan rangkaian 5G telah mencapai lebih 90% COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan 50% di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan. Negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 kelak.

DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal
Liputan 5G di Malaysia

Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed berkata setelah melebihi sasaran liputan rangkaian 5G pada 2022, pihaknya sedang menjalin kerjasama dengan rakan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan pengeluar peranti untuk mempromosi serta menggalakkan penggunaan 5G di seluruh negara pada 2023.

Ketika ini, CelcomDigi, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications (YES) telah menyediakan perkhidmatan 5G kepada lebih 20 juta pelanggan mereka, berikutan masing-masing telah menandatangani Perjanjian Akses 5G dengan DNB pada 31 Oktober 2022.

Pelanggan Maxis Bhd belum lagi menerima akses perkhidmatan 5G sementara menunggu kelulusan pemegang saham mereka untuk melaksanakan Perjanjian Akses 5G dengan DNB, yang dijangkakan berlangsung sekitar Januari ini.

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY