Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 – DNB

Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 – DNB

Diterbitkan Disember 12, 2022 · Dikemas kini Disember 12, 2022 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini memaklumkan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G kini lebih awal dari yang dijadualkan dan bakal menjangkau 40% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) di seluruh negara menjelang Disember 2022 serta berada di landasan untuk mencapai komitmen 80% COPA pada 2024 atau lebih cepat.

Rangkaian tersebut bakal mencapai 14 juta penduduk di lokasi rangkaian yang telah ditetapkan dan melebihi 30 juta penduduk dalam tempoh dua tahun akan datang.

Berkaitan

  • DNB: 386Mbps, Ini Purata Kelajuan 5G Di Malaysia Sekarang
  • Rangkaian 5G Ericsson Dan DNB Catat Rekod Dunia Dengan Jarak Kelajuan Gigabit
  • DNB Keluar Kenyataan Selepas Kontrak 5G Diarah Disemak Semula

DNB menyatakan, 40% COPA akan dicapai dengan sekitar 3,500 tapak berbanding 4,018 tapak yang dirancang sebelum ini. Pengurangan kiraan tapak tersebut adalah berpunca daripada masalah rantaian bekalan pada awal tahun ini, dan kelewatan dalam mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan terutamanya di Selangor dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar masalah ini telah pun selesai dan rangkaian DNB akan terus dilaksanakan secara progresif pada 2023 sebagaimana yang dirancang. Bagi mengatasi kelewatan tersebut dan mencapai 40% COPA, DNB juga telah mengubah hala pelaksanaan ke negeri-negeri yang sebelum ini dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2023 dan seterusnya.

Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 – DNB
Pelaksanaan 5G di Malaysia

Buat masa ini, rangkaian 5G di Malaysia telah meliputi hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor, selain kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan serta sebahagian daripada Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka & Bangladesh David Hägerbro berkata pelaksanaan rangkaian 5G untuk DNB adalah antara yang terpantas di dunia kerana pelaksanaannya baru saja dimulakan pada Oktober 2021.

Gambar utama: DNB

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY