Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis

Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis

Diterbitkan Disember 15, 2022 ยท Dikemas kini Disember 15, 2022 oleh Amalina Athman

Semalam, Maxis telah membuat ciapan di Twitter yang menyatakan rangkaian 5G yang dilancarkan pada Disember 2021 hanya tersedia di Putrajaya dan Cyberjaya ketika ini.

Bagaimanapun, Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini telah memuat naik siaran media bagi memperbetul pernyataan yang dibuat oleh pihak Maxis.

Berkaitan

  • Pengguna Maxis Tidak Akan Terima 5G Tahun Ini
  • Maxis Didapati Sudah Mula Uji 5G
  • Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 - DNB
  • Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia

Menurut DNB, setakat ini rangkaian 5G di Malaysia telah meliputi hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor, selain kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan serta sebahagian daripada Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pengguna boleh melayari Peta Liputan Interaktif DNB untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Celcom, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL telah pun menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna, sejak hujung Oktober 2022. Sehingga 30 November 2022, sebanyak 56,000 penggunaan secara serentak menggunakan kapasiti 146 TB telah direkodkan.

Walau bagaimanapun, pelanggan Maxis masih belum mendapat akses perkhidmatan 5G kerana menunggu kelulusan daripada para pemegang saham untuk melaksanakan Perjanjian Akses 5G yang dijangka berlangsung sekitar Januari 2023.

Sumber dan gambar utama: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY