Liputan 4G Di Seluruh Negara Sudah Meningkat Sebanyak 2.2% Berbanding Tahun Lalu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk setakat akhir Ogos 2021 di seluruh negara sudah mencecah tahap 94% berbanding dengan 91.8% pada September 2020.

SKMM menyatakan, perkembangan yang memberangsangkan itu hasil tindakan proaktif kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan SKMM dalam mempertingkatkan tahap kesalinghubungan di seluruh negara di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) .

Secara keseluruhan di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, sebanyak 1,661 menara komunikasi baharu akan dibina di kawasan bandar dan luar bandar yang dijangka bermula pada suku akhir tahun 2021.

Turut dilaksanakan ialah perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 839 lokasi di kawasan kurang berpenduduk di pedalaman pada suku keempat 2021 bagi meningkatkan capaian liputan Internet.

SKMM memaklumkan, Laporan Suku Tahun Keempat JENDELA yang memperincikan mengenai perkembangan terkini pelaksanaan JENDELA akan diumumkan pada awal Oktober ini.

Sumber: SKMM

Baca juga:

Berkaitan