Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Perbezaan Di Antara Bytes & Bits Serta Kegunaannya

Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Meningkat Kepada 29.14Mbps

Diterbitkan September 30, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk, setakat akhir Ogos 2021 sudah pun mencecah tahap 94% berbanding sebelum ini ketika permulaan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) iaitu hanya pada tahap 91.8% sahaja pada September 2020 lalu.

Perkembangan yang memberangsangkan ini hasil usaha pihak Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mempertingkatkan tahap kesalinghubungan di seluruh negara.

SKMM menyatakan, ketiga-tiga indikator iaitu tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk, purata kelajuan jalur lebar mudah alih dan rangkaian gentian optik masing-masing memperlihatkan petanda yang positif.

SKMM juga memaklumkan bagi tempoh yang sama, purata kelajuan jalur lebar mudah alih negara telah mencapai 29.14Mbps dan memperlihatkan peningkatan berbanding dengan 25Mbps.

Di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, sebanyak 1,661 menara komunikasi baharu akan dibina di kawasan bandar dan luar bandar yang dijangka bermula pada suku akhir tahun 2021.

Turut dilaksanakan ialah perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 839 lokasi di kawasan kurang berpenduduk di pedalaman pada suku keempat 2021 bagi meningkatkan capaian liputan Internet.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY