Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data LHDN

LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Guna Portal MyTax

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Amalina Athman

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status bayaran balik pembayar cukai menggunakan portal MyTax.

Dalam kenyataan hari ini, LHDN menegaskan bahawa tiada sebarang makluman menggunakan portal MyTax boleh dilakukan tanpa kebenaran. Malah, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Guna Portal MyTax

LHDN berkata ia memandang serius isu tersebut dan meletakkannya sebagai keutamaan dalam usaha meningkatkan keyakinan, serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam urusan pentadbiran percukaian.

Agensi pentadbir cukai itu turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk e-mel, pautan dan teks WhatsApp yang mencurigakan.

Jelasnya, sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti portal rasmi di www.hasil.gov.my; portal MyTax di mytax.hasil.gov.my: HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke pejabat LHDN berhampiran.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • IPTS Akan Terima Potongan Cukai Khas Jika Bangunkan Kursus AI
  • Aplikasi MyInvois Kini Tersedia Di Telefon Pintar Android, iOS Dan Huawei
  • SPRM Buka Siasatan Berhubung Pelaburan Khazanah, PNB Dalam e-Dagang Fesyen Tempatan

Sumber: Lembaga Hasil Dalam NegeriĀ 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY