Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myinvois app

Aplikasi MyInvois Kini Tersedia Di Telefon Pintar Android, iOS Dan Huawei

Diterbitkan Oktober 25, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 25, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas ketersediaan Portal MyInvois yang boleh digunakan oleh pembayar cukai pada Jun lalu, kini pembayar cukai boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing-masing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam satu kenyataan berkata, aplikasi MyInvois ini disediakan secara percuma oleh HASiL dan boleh dimuat turun dari semua platform sistem operasi, iaitu App Store (pengguna iOS), Google Play (pengguna Android) dan AppGallery (pengguna Huawei).

Bagi mengakses dan melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois ini, pengguna perlulah melengkapkan proses log masuk kali pertama terlebih dahulu di Portal MyInvois.

Aplikasi MyInvois ini turut menyediakan ciri-ciri utama seperti mana Portal MyInvois iaitu:

  • Pengurusan Profil bagi Pengguna, Pembayar Cukai (Syarikat/Organisasi), Wakil, Sistem ERP dan Perantara; serta
  • Pengurusan Dokumen merangkumi Pengemukaan, Semakan, Penolakan, Pembatalan dan Cetakan Dokumen.

Keperluan minimum Aplikasi MyInvois untuk setiap peranti yang digunakan pula adalah seperti berikut:

  • iOS versi 16.0 dan ke atas;
  • Android versi 13 (API 33) dan ke atas;
  • Huawei EMUI versi 8.0 dan ke atas.

Di samping ketersediaan aplikasi MyInvois ini, HASiL juga memaklumkan bahawa fungsi Portal MyInvois telah ditambah baik dengan beberapa ciri baharu seperti yang berikut:

  • Keupayaan carian dokumen yang dipertingkatkan mengikut keperluan pengguna;
  • Pengurusan format paparan visual e-Invois yang boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna;
  • Fungsi notifikasi yang boleh ditetapkan oleh pengguna bagi sebarang perubahan atau tindakan ke atas dokumen; dan
  • Fungsi simpanan dan salinan dokumen sebagai draf.

Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai, HASiL telah menyediakan Panduan Pengguna yang boleh diakses menerusi Portal MyTax dan Portal MyInvois.

Bagi pembayar cukai yang masih kurang jelas mengenai pelaksanaan e-Invois ini, boleh merujuk kepada saluran tersedia seperti berikut:

  • Mikrosite e-Invois yang mempunyai pelbagai bahan informatif mengenai e Invois seperti Garis Panduan Umum dan Spesifik, Software Development Kit (SDK), FAQ termasuk serta semua bahan rujukan utama dan komunikasi berkaitan e-Invois.
  • Portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my/e-invois. Pelbagai hebahan infografik, videografik, kenyataan media dan artikel yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa.
  • Akaun media sosial di Facebook, X, TikTok dan Instagram.
  • YouTube HASiL yang mempunyai semua video tutorial dan video informatif untuk meningkatkan pemahaman mengenai e-Invois.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan e-Invois, pembayar cukai boleh menghubungi HASiL menerusi:

  • Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);
  • MyInvois Live Chat;
  • E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan
  • Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei - CEO
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei

Sumber: Kenyataan-Media-Hasil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY