LG Electronics memperkenalkan monitor dengan teknologi ‘5K AI Upscaling’ pertama di dunia menerusi 2 model yang akan membuat kemunculan di CES 2026 akan datang.
Ia mampu mencapai paparan jelas sehingga 5K tanpa memerlukan pengguna menaik taraf perkakasan kad grafik (GPU) kepada yang lebih berkuasa, sekali gus membolehkan pemain menikmati permainan dalam visual berdefinisi tinggi dengan GPU yang sama.
LG UltraGear evo 39 Inci GX9 (39GX950B) – Monitor permainan OLED dengan ‘5K AI Upscaling’ pertama di dunia
Dibina berasaskan siri GX9 sebagai monitor 39 inci dengan 5K2K OLED, monitor ini menampilkan on-device AI solution bagi menganalisis dan meningkatkan kandungan sebelum sampai ke panel.
Ia juga mampu memberikan kejelasan 5K tanpa memerlukan peningkatan GPU.

Dengan gabungan AI Scene Optimization dan AI Sound, monitor ini mampu memberikan imej dan audio yang lebih berkualiti.
Teknologi Primary RGB Tandem OLED LG pula menambah baik kecerahan, ketepatan warna dan jangka hayat panel.
Ia juga dilengkapi sijil VESA DisplayHDR True Black 500. Monitor 39GX950B ini direka untuk menyesuaikan diri mengikut genre permainan.
Ciri Dual Mode pula membolehkan pemain bertukar dengan lancar antara 165Hz pada resolusi 5K2K dan 330Hz pada WFHD.
LG UltraGear evo 27-inch GM9 (27GM950B) – Monitor 5K MiniLED
Monitor 27 inci ini menampilkan paparan 5K MiniLED Baharu yang pertama di dunia. Ia direka untuk menambah baik blooming control.

Ditampilkan 2304 zon local dimming yang digabungkan dengan teknologi Zero Optical Distance yang meminimumkan jurang antara panel dan LED. Ini membolehkan monitor memberikan kecerahan tinggi dan ketepatan kontras.
27GM950B ini juga menggabungkan on-device AI solution bagi membolehkan 5K AI Upscaling,
AI Scene Optimization dan AI Sound untuk meningkatkan imej dan audio dalam masa nyata tanpa peningkatan GPU.
Hadir dengan sokongan operasi Dual Mode bagi membolehkan pengguna bertukar antara 165Hz pada resolusi 5K dan 330Hz pada QHD. Diperakui VESA DisplayHDR 1000 dan menawarkan kecerahan sehingga 1250 nits.
LG UltraGear evo 52-inch G9 (52G930B) – Monitor permainan 5K2K terbesar di dunia
Peranti ini merupakan monitor permainan 5K2K terbesar di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan saiz skrin kepada pemain. Dipadankan dengan kadar segar semula sehingga 240Hz.

Menampilkan ruang kerja 33% lebih luas daripada monitor UHD biasa, dengan ketinggian paparan setara skrin 42 inci 16:9 dan bentangan panorama 12:9 yang melebar ke sisi.
Direka dengan lengkungan 1000R bagi menghasilkan pengalaman visual yang imersif. Visualnya diiktiraf oleh VESA Display HDR 600.
Barisan model LG UltraGear evo ini bakal dipamerkan di CES® 2026 yang akan turut menampilkan simulasi perlumbaan dikuasakan oleh SimCraft pada model paparan GX9 39 inci baharu.
{suggest}
