Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (4)

Kucing Oyen Gemuk Ini Akan Muncul Jika Anda Terlalu Lama Hadap Skrin PC

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

JIka anda adalah antara pengguna media sosial yang terjebak dengan tabiat menatal skrin tanpa henti yang sukar dikawal walaupun menggunakan fungsi penggera atau mod skrin kelabu, mungkin penyelesaian baru ini dapat mengubah tabiat anda itu.

Dibangunkan oleh pembangun bernama ZOKUZOKU, penyelesaian kreatif yang dikenali sebagai Cat Gatekeeper ini ditawar menerusi sambungan Chrome.

Apabila had masa penggunaan media sosial dicapai, seekor kucing gemuk berwarna oren akan muncul dan “menjaga” skrin anda sehingga anda berehat.

Ia berfungsi di platform popular termasuklah Instagram, TikTok, YouTube dan X.

unnamed (5)
Pemasa hanya bergerak apabila tab media sosial aktif, dan berhenti jika anda beralih ke aplikasi lain. Ini memastikan masa rehat benar-benar adil dan tidak boleh dipintas.

Walaupun tidak mampu menghentikan ketagihan sepenuhnya, Cat Gatekeeper menjadikan disiplin digital lebih santai dengan sentuhan humor dan kasih sayang.

Maka tidak hairanlah walaupun baru dilancar pada lewat April lepas, tapi ia sudah digunakan 0leh 100,000 pengguna dengan skor 4.7 bintang.

Sambungan Cat Gatekeeper ini boleh dimuat turun menerusi chrome web store serta turut berfungsi pada pelayar Microsoft Edge.

Berkaitan

  • Pengguna Windows 11 Wajib Pasang 'Extension' Ni Ke Dalam PC
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY