Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Lancarkan Servis Penstriman Muziknya Sendiri Dan Ia Percuma

LG Lancarkan Servis Penstriman Muziknya Sendiri Dan Ia Percuma

Diterbitkan Disember 26, 2024 · Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh ariff bukhari

LG Electronics melancarkan LG Radio+, perkhidmatan penstriman audio dengan iklan, untuk TV pintar LG yang menggunakan webOS 6.0 dan ke atas.

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menikmati pelbagai audio siar (podcast) dan program radio dengan mudah. Ia juga boleh diakses melalui aplikasi LG ThinQ yang memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna.

LG telah bekerjasama dengan penyedia audio global Radioline untuk menawarkan kandungan seperti berita, sukan, muzik, dan lebih 14,500 saluran di AS serta 440 saluran di Korea.

Pengguna boleh mendengar stesen seperti NPR, CNN Radio, Fox Radio, atau audio siar popular seperti The Joe Rogan Experience.

LG Lancarkan Servis Penstriman Muziknya Sendiri Dan Ia Percuma

Aplikasi LG Radio+ boleh dimuat turun dari Content Store atau melalui carian suara pada LG Magic Remote.

Menurut LG, aplikasi Radio+ mempunyai “antara muka intuitif dengan senarai saluran yang komprehensif, mempersembahkan saluran audio popular pada halaman On Air, bersama pilihan saluran kegemaran yang diperibadikan dan halaman Featured yang memaparkan muzik terkini secara masa nyata.

Mulai 2025 nanti, LG Radio+ juga akan boleh diakses melalui butang My pada pembesar suara Xboom, selaras dengan komitmen LG untuk meningkatkan keselesaan dan sambungan produk mereka.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • LG Tamatkan Pengeluaran Pemain Blu-ray & UHD Blu-ray 
  • LG Lancar TV OLED 4K Lut Sinar Dan Wayarles Pertama Di Dunia Berharga RM270 Ribu

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY