Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (73)

LG Tamatkan Pengeluaran Pemain Blu-ray & UHD Blu-ray 

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Sony bakal menghentikan pengeluaran semua pemain Blu-ray. Namun, LG kini secara rasmi melakukannya terlebih dahulu.

Ia termasuk model UBK80 dan UBK90 UHD Blu-ray. Unit sedia ada hanya akan dijual sehingga stok habis. Langkah ini susulan keputusan serupa oleh OPPO pada 2018 dan Samsung pada 2019, yang turut keluar dari pasaran pemain cakera optikal.

Menurut kenyataan kepada FlatpanelsHD, LG Korea tidak mengesahkan sepenuhnya keluar secara global daripada pasaran ini, membayangkan kemungkinan kembali jika permintaan meningkat. Buat masa sekarang, beberapa model lama masih tersedia di Amerika dan Eropah, tetapi hanya sehingga inventori habis.

LG tidak melancarkan pemain cakera optikal baharu sejak 2018, ketika model UBK80 dan UBK90 diperkenalkan. Situasi serupa dilihat pada jenama besar lain seperti Panasonic dan Sony.

Keputusan ini bukanlah mengejutkan kerana penjualan pemain Blu-ray semakin menurun sejak beberapa tahun lalu. Puncak penjualan pemain UHD Blu-ray berlaku pada 2017, setahun selepas format tersebut diperkenalkan.

Langkah LG ini menandakan satu lagi tamparan buat media optikal, apatah lagi Sony dan Microsoft kini menjadikan pemacu cakera sebagai aksesori pilihan untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X mereka.

Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, kebanyakan syarikat sudah menawarkan pelan langganan untuk strim drama/filem serta permainan di mana semua memfokuskan kandungan digital sahaja.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • realme Neo7 Dengan Bateri 7000mAh, Dimensity 9300+ Rasmi Di China
  • Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400
  • 'The Lord of the Rings' Berharga RM49.99 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad
  • WhatsApp Tambah Baik Panggilan Audio Dan Video

Sumber: FlatpanelsHD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY