Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Lancar TV OLED 4K Lut Sinar Dan Wayarles Pertama Di Dunia Berharga RM270 Ribu

LG Lancar TV OLED 4K Lut Sinar Dan Wayarles Pertama Di Dunia Berharga RM270 Ribu

Diterbitkan Disember 19, 2024 oleh ariff bukhari

LG Electronics bakal melancarkan LG SIGNATURE OLED T, TV OLED 4K 77 inci pertama di dunia yang lut sinar dan tanpa wayar secara global.

Dilancarkan di CES 2024, TV ini menggabungkan teknologi dan reka bentuk inovatif dengan skrin yang boleh bertukar dari mod lut sinar ke legap.

TV ini telah menerima 5 Anugerah Inovasi CES 2024, termasuk Inovasi Terbaik dan disenaraikan dalam Ciptaan Terbaik 2024 oleh TIME.

LG Lancar TV OLED 4K Lut Sinar Dan Wayarles Pertama Di Dunia Berharga RM270 Ribu
TV ini menggunakan pemproses AI α (Alpha) 11 untuk mengoptimumkan kualiti gambar dan bunyi.

Dengan reka bentuk lut sinar, TV ini boleh diletakkan di tengah ruang tanpa menghalang cahaya semula jadi atau pandangan ke luar. Teknologi transmisi video dan audio tanpa wayar LG memastikan pengalaman tontonan yang bersih dan bebas gangguan.

Dilengkapi dengan teknologi Zero Connect Box, LG SIGNATURE OLED T menyokong resolusi 4K pada kadar penyegaran 120Hz, sesuai untuk permainan dengan pengalaman visual lancar tanpa gangguan.

LG SIGNATURE OLED T, TV OLED 4K 77 inci ini akan tersedia di AS pada Disember 2024, diikuti pasaran lain pada harga USD$59,999.99 (~RM270 ribu).

Berkaitan

  • LG Perlihat Paparan Boleh Diregang Sehingga 50%, Pertama Di Dunia
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY