Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Gallery+ Dilancar, Percuma Untuk Pengguna TV LG 2025

LG Gallery+ Dilancar, Percuma Untuk Pengguna TV LG 2025

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

LG Electronics memperkenalkan LG Gallery+, sebuah perkhidmatan visual baharu yang mengubah skrin TV menjadi galeri seni peribadi.

Menampilkan lebih 4,000 imej pilihan, kandungan diperibadikan, serta ciri pintar adaptif, LG Gallery+ membolehkan pengguna mencipta suasana ruang mengikut gaya dan mood tersendiri.

Koleksi LG Gallery+ merangkumi karya seni halus, adegan filem, fotografi, malah dunia permainan video seperti Assassin’s Creed Shadows dan Rainbow Six Siege.

LG Gallery+ Dilancar, Percuma Untuk Pengguna TV LG 2025

Melalui kerjasama dengan institusi budaya terkenal seperti National Gallery London, pengguna turut boleh menikmati karya agung Vincent van Gogh dan Georges Seurat terus di rumah masing-masing menerusi TV LG 2025.

Malah pengguna boleh memadankan visual dengan muzik, menyepadukan Google Photos atau menggunakan Google Gemini untuk menghasilkan karya seni AI berdasarkan deskripsi mereka.

LG Gallery+ Dilancar, Percuma Untuk Pengguna TV LG 2025
TV LG dengan teknologi adaptif seperti AI Brightness Control dan mod Always-On-Display (AOD) memastikan kualiti paparan sentiasa serasi dengan persekitaran ruang.

LG Gallery+ tersedia dalam versi percuma (light version) untuk TV LG 2025 di lebih 150 negara, manakala versi penuh dengan kandungan premium ditawar dalam bentuk langganan bulanan di 23 negara terpilih termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah yang menyokong ciri webOS Pay.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Program CelcomDigi CD:NXT Sasar 5,000 Belia Jadi Bakat AI Masa Depan
  • 'Sideloading' Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY