Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Berjaya Uji 6G Untuk Jarak Yang Lebih Luas, Ke Arah 1TB Sesaat

LG Berjaya Uji 6G Untuk Jarak Yang Lebih Luas, Ke Arah 1TB Sesaat

Diterbitkan September 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

LG telah menjalankan ujian teknologi 6G yang memanfaatkan terahertz (THz) pada frekuensi 155-175Ghz untuk jarak 320 meter di kawasan luar (outdoor).

Ia dijalankan pada 7 September lalu di Fraunhofer Heinrich Hertz Institute (HHI) di Berlin, Jerman. Tahun lalu, LG sudah berjaya menjalankan pemindahan data melalui 6G THz namun terhad dalam jarak 100 meter.

LG Berjaya Uji 6G Untuk Jarak Yang Lebih Luas, Ke Arah 1TB Sesaat

Ini merupakan kejayaan yang penting dalam usaha untuk mengkomersialkan 6G pada tahun-tahun mendatang kerana pemancar sel makro kini hanya mampu memancar dalam jarak sekitar 250 meter saja di luar.

Antara kekangan 6G ini ialah ia mempunyai liputan kawasan yang rendah dan mengalami kehilangan kuasa daripada pemancar (transmission) dan penerima (reception).

LG Berjaya Uji 6G Untuk Jarak Yang Lebih Luas, Ke Arah 1TB Sesaat

Justeru, LG, Fraunhofer HHI dan Fraunhofer Institute for Applied Solid State Physics (IAF) telah bekerjasama membangunkan amplifier kuasa yang mampu menguatkan lagi kekuatan transmisi dan amplifier yang hasilkan hingar rendah.

Dr. Kim Byoung-hoon yang merupakan Timbalan Presiden LG Electronics berkata ini merupakan satu langkah menghampiri rangkaian 6G dengan kelajuan setinggi 1TB, di dalam dan luar bangunan.

Berkaitan

  • 6G Memang Laju Boleh Capai 1TB Per Saat, Tapi Perlu Ke?
  • Rangkaian 6G Secara Komersial Mungkin Dilancar Pada 2029
  • LG Demonstrasi 6G, Capai Sehingga 1 Terabit Per Saat
  • 6G Berdesup Di China, Capai Kelajuan 206.25 Gbps
  • Sebab Kenapa Storan 256GB Dah Mencukupi
  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
  • Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G

Perbincangan tentang piawaian 6G dijangkan akan bermula pada 2025 kelak dan pengkomersialannya pula seawal 2029.

Dibandingkan dengan 5G, teknologi 6G ini akan melaksanakan penghantaran data dengan lebih pantas bersama kadar latency yang lebih rendah.

Gambar utama: Forbes

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY