Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Storan 512GB

Sebab Kenapa Storan 256GB Dah Mencukupi

Diterbitkan Ogos 12, 2022 · Dikemas kini Ogos 12, 2022 oleh Firdaus

Pada beberapa tahun yang lepas, kita melihat banyak jenama besar pembuat telefon pintar berlumba-lumba untuk bersaing antara satu sama lain dari segi saiz storan.

Kita melihat pelbagai variasi telefon pintar yang hadir dengan saiz besar seperti 256Gb, 512Gb dan ada yang sampai 1Tb sekali dalam storan.

Walau bagaimanapun, tidakkah kita semua perasan bahawa corak saiz storan yang gedabak (512GB dan 1TB) pada telefon pintar semakin kurang kita dengar di pasaran kecuali peranti andalan (flagship).

Saiz storan maksimum yang kita banyak lihat adalah pada 256GB sahaja dan jarang sekali melebihi sempadan itu. Jika ada pun, ia terhad di pasaran tertentu. Contohnya pasaran China dan bukan Malaysia.

Berkaitan

  • Pra-Pendaftaran Rainbow Six Mobile Kini Dibuka, Siap Sedia Untuk Mencubanya
  • Anda Mungkin Boleh Beli Siri AMD Ryzen 7000 Selepas 15 September
  • Tower of Fantasy Sedia Dimuat Turun, Sokong Resolusi UHD Dengan 90Hz

Hal ini demikian, 256GB merupakan saiz yang betul-betul sesuai sangat dengan penggunaan kebanyakan individu. Saiz 256GB bukanlah saiz yang terlalu besar hingga kita mempunyai lambakan storan yang tidak digunakan mahupun terlalu kecil untuk semua aplikasi yang kita perlukan.

Seandainya saya seorang pengguna yang heavy dengan banyak aplikasi yang telah dimuat turun seperti games, media sosial, perbankan, produktiviti dan lain-lain, saya berkemungkinan besar masih mempunyai baki storan sekitar 100GB lagi.

Walau bagaimanapun, situasi tersebut berbeza dengan saiz 512GB kerana ia terlalu besar dan terlalu overkill untuk gaya penggunaan mahupun aplikasi yang ada pada masa sekarang.

Lainlah jika kita melihat model telefon pintar yang gah seperti Asus ROG Phone 6 Pro di mana storan yang besar merupakan keperluan dan saiz storan 512GB sememangnya kena dengan identitinya sebagai sebuah peranti gaming yang ekstrem dan overkill.

Tambahan lagi, saiz setengah terabait itu seolah-olah seseorang itu tidak pernah memadam sebarang media pada perantinya atau memuat turun segala jenis gambar dan video secara membuta tuli sahaja.

Saiz 512GB terlalu besar bagi saya dan bukanlah satu saiz yang normal untuk penggunaan kita pada ketika ini dan 256GB adalah saiz storan yang terbaik secara keseluruhan untuk setiap pengguna.

Kebiasaannya, storan pada 512GB ini hadir pada peranti-peranti flagship (andalan)sahaja. Hal ini demikian, peranti tersebut mempunyai dan mengutamakan prestasi yang lebih besar dan baik.

Oleh itu, gambar yang dihasilkan akan memiliki saiz yang lebih besar dek kerana kualiti gambar yang lebih jelas dan tajam. Lebih-lebih lagi individu yang sering mengambil gambar dalam format RAW.

Bukan itu sahaja, rakaman video menggunakan resolusi 4K juga akan mengambil ruang storan lebih banyak. Jadi, storan yang besar sememangnya membantu.

Dalam pada itu, saya juga berpendapat bahawa storan 512GB ini sesuai untuk individu yang tidak gemar membuang atau delete gambar serta video yang diambil. Malah, mereka juga tidak menggunakan storan awan untuk menyimpannya.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat peribadi saya dan pilihan terletak di tangan pengguna. Sekiranya anda memerlukan saiz storan yang besar, silakan. Namun, 256GB sebenarnya sudah cukup baik atau mudah kata sweet spot buat masa sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY