Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

6G Berdesup Di China, Capai Kelajuan 206.25 Gbps

Posted on Januari 10, 2022

Sementara Malaysia masih lagi terkial-kial dengan capaian 5G, China kini mengorak langkah menguji 6G pula.

Sepasukan penyelidik di sana melaporkan telah berjaya melakukan pemindahan data melalui 6G pada kelajuan 206.25Gbps.

Ia dicapai melalui band frekuensi terahertz (300GHz~3THz) yang dikatakan akan menjadi asas kepada rangkaian 6G nanti.

Kelajuan itu juga dilihat adalah 20 kali ganda lebih laju dari kelajuan 5G sekarang.

Setakat ini spesifikasi teknikal untuk 6G masih belum diputuskan. Tambahan, badan rasmi komunikasi global 3GPP masih lagi belum mengumumkan peta jalan untuk teknologi 6G.

Dikatakan rangkaian 6G ini akan mula diperkenalkan secara rasmi sekitar 2030 nanti.

Di Malaysia pula, pihak DNB masih lagi menguji penggunaan rangkaian 5G di 3 lokasi Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Cyberjaya.

Sumber: SCMP

Baca juga:

  • Kereta Api Laju Dengan Rangkaian 5G Pertama Di Dunia Dilancar
  • Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu
  • 5G Kini Tersedia Untuk Keluarga Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress