Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rangkaian 6G Secara Komersial Mungkin Dilancar Pada 2029

Posted on Mac 24, 2021

Baru-baru ini, LG telah bekerjasama dengan Keysight Technologies, sebuah firma dari Amerika Syarikat dan Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) dalam mengembangkan serta membangunkan rangkaian 6G.

Dalam perjanjian tersebut, mereka akan bekerjasama dalam membangunkan teknologi berkaitan terahertz, iaitu kunci utama dalam rangkaian 6G.

Selain itu, mereka menyasarkan penyelidikan ini akan selesai pada tahun 2024 dan dijangka akan dilancar secara komersial pada tahun 2029.

Menurut LG, 6G dapat memberikan kelajuan data yang sangat pantas, latensi yang lebih rendah serta kebolehpercayaan lebih baik berbanding 5G.

Menerusi rangkaian baharu ini juga, ia dapat meningkatkan konsep internet benda (IoT) dengan lebih baik. Malah memberikan pengalaman sambungan yang bagus buat pengguna.

Bagi merealisasikannya, KAIST akan membantu LG dalam kerja-kerja penyelidikan. Manakala Keysight Technologies akan memberikan bekalan peralatan ujian terahertz 6G.

Terdahulu, China juga sudah merancang yang mana teknologi rangkaian 6G ini akan dilancarkan pada tahun 2029 dan mereka telah pun menghantar percubaan satelit 6G.

Sumber: gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress