Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6G Memang Laju Boleh Capai 1TB Per Saat, Tapi Perlu Ke?

LG Demonstrasi 6G, Capai Sehingga 1 Terabit Per Saat

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

LG pada April tahun ini telah mengambil langkah berani dengan menamatkan pengeluaran telefon pintar dan memberi fokus pada barangan elektronik lain. Pun begitu, ini tidak bermakna mereka langsung berputus asa dalam arena komunikasi.

Terkini, LG telah memperkenalkan penguat (amplifier) 6G mereka buat kali pertamanya. Dalam acara 2021 Korea Science and Technology Exhibition yang dilangsungkan 22-24 Disember ini, mereka mengadakan demonstrasi pencapaian mereka berkaitan teknologi 6G.

Teknologi wayarles Terahertz pada 6G ini menggunakan jalur frekuensi antara 100 GHz sehingga 10 THz untuk membolehkan kadar penghantaran data berkelajuan ultra tinggi sehingga 1 terabit sesaat.

Bagi menyelesaikan masalah seperti jangkauan frekuensi pendek dan kehilangan kuasa yang besar dalam proses penghantaran/penerimaan antena, pembangunan penguatĀ adalah perlu untuk komunikasi wayarles jalur lebar ultra dalam jalur frekuensi tinggi sedemikian.

Pun begitu, laporan mengatakan teknologi 6G hanya akan dikomersilkan pada seawal 2029 dan piawaiannya pada 2025.

Sumber: fonearena

Baca juga:

  • Telefon Terbaik Bawah RM1000 (2021)
  • Rangkaian Celcom Di 16 Kawasan Banjir Ini Telah Dibaik Pulih
  • Orang Ramai Lebih Percayakan Privasi Google Berbanding Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY