Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lexar Sahkan Isu Kad CFexpress Lebih Panas Di Dalam Kamera

Lexar Sahkan Isu Kad CFexpress Lebih Panas Di Dalam Kamera

Diterbitkan April 8, 2026 oleh ariff bukhari

Kad memori CFexpress semakin popular dalam kamera moden kerana kelajuan tinggi dan kapasiti besar.

Namun, isu utama yang timbul ialah haba berlebihan berbanding kad SD.

Lexar menerusi wartawan Digital Camera World yang bertanyakan perkara ini telah mengesahkan bahawa fenomena ini bukan masalah tunggal jenama, tetapi cabaran industri secara keseluruhan.

“Wakil mereka mengesahkan bahawa ya, kad SD mempunyai lebar jalur dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, manakala kad CFexpress menjana lebih banyak haba semasa operasi. Tetapi itu bukan kecacatan reka bentuk: ia adalah fizik.”

CFexpress menggunakan kuasa lebih tinggi untuk menyokong kelajuan menulis dan membaca data, sekali gus menghasilkan lebih banyak haba.

Lexar Professional CFexpress Type B
Lexar Professional CFexpress Type B.

Reka bentuk logam pada kad ini pula adalah bagi membantu menyebarkan haba, tetapi ia tetap terasa panas apabila digunakan dalam tempoh yang lama.

Panasonic sebelum ini juga pernah menasihatkan pengguna Lumix S1II supaya memilih kad SD untuk mengurangkan risiko terlalu panas, walaupun CFexpress lebih pantas.

Lexar menjelaskan bahawa mereka sedang membangunkan penyelesaian seperti pengawal berkuasa rendah, firmware pintar, dan bahan baharu untuk mengawal isu suhu tersebut.

Berkaitan

  • Lexar Memperkenalkan 'Flash Memory' Dengan Kelajuan 3,600MB Per Saat
  • Kad SD vs MicroSD? Ini Perbezaannya
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY