Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image_fx_ (1)

Kad SD vs MicroSD? Ini Perbezaannya

Diterbitkan Februari 27, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Mengenali kad SD dan kad microSD adalah mudah dengan melihat perbezaan sainya di mana kad SD adalah lebih besar berbanding microSD.

Sebenarnya, terdapat tiga bentuk fizikal yang ditetapkan untuk kad memori SD iaitu kad SD saiz penuh (kad SD), miniSD, dan microSD.

Kad SD vs MicroSD? Ini Perbezaannya
Kad miniSD.

Kad miniSD mula diperkenalkan lebih dulu iaitu pada tahun 2003, tapi ia dengan cepat digantikan oleh kad microSD apabila ia diperkenalkan pada 2004.

Oleh itu, hanya dua bentuk ini sahaja (kad SD dan microSD) yang lebih biasa ditemui di pasaran seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kad SD VS microSD 1
Kredit: SD Association

Kad microSD pada asalnya dikenali sebagai T-Flash atau TransFlash (TF), tetapi selepas SDA (SD Association) secara rasmi menerima bentuk ini, ia dikenali sebagai kad microSD.

Seperti yang dinyatakan di awal tadi, satu-satunya perbezaan antara kad SD dan kad microSD adalah saiz dan bentuk fizikalnya.

Kad SD berukuran 32mm x 24mm x 2.1mm, manakala kad microSD adalah jauh lebih kecil dengan saiz 11mm x 15mm x 1.0mm.

Juga, disebabkan saiz kad SD yang besar membolehkan ia dilengkapi selak pengunci data tetapi tiada pada microSD.

Selain itu, kad SD mempunyai 9 pin (dua VSS) dan kad microSD hanya mempunyai 8 pin (satu VSS).

Dari segi kelajuan dan kapasiti storan, tiada apa yang membezakannya.

Kad SD vs MicroSD? Ini Perbezaannya
Kad SD mempunyai 9 pin dengan selak pengunci data di bahagian tepinya.
SD-Card-vs-Micro-SD-Card 1
Kad microSD hanya mempunyai 8 pin tanpa selak pengunci data.

Jadi, mengapa kedua-duanya wujud? Ia sebenarnya adalah bagi memenuhi keperluan penggunaan.

Kad SD biasanya digunakan dalam peranti yang lebih besar seperti kamera DSLR dan konsol permainan, manakala kad microSD pula digunakan dalam peranti kecil seperti telefon pintar dan dron.

Juga terdapat penyesuai yang membolehkan kad microSD digunakan dalam peranti yang menyokong kad SD, tetapi sebaliknya tidak boleh dilakukan.

Kad SD terus berkembang dari tahun ke tahun tapi masih mengekalkan saiz fizikalnya.

sejarah kad SD SanDisk

Malah, perkembangan teknologi NAND menunjukkan kemajuan luar biasa yang membolehkan peningkatan kapasiti memori dalam saiz yang kecil ini.

Tetapi pada masa yang sama, kelajuan antara muka bus yang jauh lebih pantas diperlukan seiring dengan peningkatan kapasiti memori untuk memendekkan masa akses kepada kad dengan kapasiti tersebut.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kenapa Sesetengah Port USB Berwarna Oren, Hijau, Biru? Ini Penjelasannya
  • Ini 4 Jenis Kad Memori SD Yang Patut Anda Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY