Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (18)

Lexar Memperkenalkan ‘Flash Memory’ Dengan Kelajuan 3,600MB Per Saat

Diterbitkan Januari 5, 2024 oleh Muhd Idham

Syarikat Lexar yang terkenal secara global dengan pembuatan teknologi memori kilatnya bakal menampilkan barisan produk-produk terbaru dalam acara CES 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat yang dibekalkan daripada pihak Lexar, syarikat mereka akan mempamerkan siri kad DIAMOND Professional CFexpress 4.0 Type B dengan penguasaan PCIe Gen 4 bagi penggunaan tahap maksimum.

Lexar_CFexpress 4.0 Type B DIAMOND 1TB
Kad DIAMOND Professional CFexpress 4.0 Type B

Produk ini dikatakan mampu menawarkan had kelajuan baca sehingga 3,600MB per saat dan had kelajuan tulis 3,300MB per saat.

Lexar_CFexpress 4.0 Type A GOLD 1TB
Kad GOLD Professional CFexpress 4.0 Type A

Namun begitu, Lexar juga akan turut menampilkan siri kad GOLD Professional CFexpress 4.0 Type A yang juga disokong oleh PCIe Gen 4 bagi pengguna gajet gear jenis A dengan had kelajuan baca sehingga 1,800MB per saat dan had kelajuan tulis 1,650MB per saat.

Dari sudut gaming pula, Lexar akan memperkenalkan kad SSD Professional NM1090 M.2 dengan penguasaan PCIe Gen 5. Produk ini dijangka mampu beroperasi dua kali ganda lebih laju daripada PCIe Gen 4 iaitu had kelajuan baca 12,000MB per saat dan 11,000MB per saat untuk had kelajuan tulis.

Lexar Memperkenalkan ‘Flash Memory’ Dengan Kelajuan 3,600MB Per Saat
Kad SSD Professional NM1090 M.2

Untuk storan mudah alih, Lexar akan tampilkan barisan terbaru mereka iaitu SSD mudah alih ARMOR 700 dan SL500.

Lexar Memperkenalkan ‘Flash Memory’ Dengan Kelajuan 3,600MB Per Saat
SSD Mudah Alih SL500

Produk SSD ARMOR 700 akan tersedia untuk penyimpanan daripada 1TB sehingga 4TB dengan ketahanan had jatuh 3 meter.

SSD SL500 pula mempunyai had kelajuan baca 2,000MB per saat dan had kelajuan tulis 1,800MB per saat serta dilengkapi dengan teknologi Silicon Motion.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru keluaran Lexar, sila layari laman web rasmi mereka di Lexar.com.

Berkaitan

  • Acer Malaysia Bawa Masuk 4 Monitor Dengan Harga Permulaan RM949
  • Dell Memperkenal Siri 'Laptop' XPS Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM5499
  • 'Trade-in' Untuk Siri vivo X100 Sekarang Dan Nikmati Diskaun Sehingga RM500
  • LG Perkenal Paparan 'Gaming' OLED 480Hz, Terpantas Di Dunia

Sumber: Siaran Media Lexar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY