Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Komputer Riba Terbaik Bawah RM3000

Lesen Windows Bakal Tamat, PC Keluaran Huawei Dilapor Akan Guna OS Sendiri

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh ariff bukhari

Lesen yang diberikan Microsoft kepada Huawei dilaporkan akan tamat tempoh pada bulan ini, jadi syarikat itu tidak lagi boleh mengeluarkan dan menjual PC secara sah dengan sistem operasi Windows melainkan ia mendapat lanjutan tempoh.

Seperti semua sedia tahu, Huawei telah disenarai hitam yang berdepan kini sedang berdepan sekatan perdagangan dari AS.

Huawei sebelum ini telah menyatakan akan berhenti menggunakan Windows pada komputer akan datang dan mungkin akan menggunakan sistem operasi sendirinya seperti HarmonyOS atau Linux.

Ekoran itu, pada April ini, Huawei  dilaporkan bakal melancarkan komputer baharu dengan sistem operasi sendiri, HarmonyOS serta versi Linux untuk komputer riba MateBook D16.

Menurut laporan itu, Huawei akan memperkenalkan komputer riba ‘AI PC’ baharu pada bulan April yang akan menjalankan CPU Kunpeng sendiri, HarmonyOS untuk PC dan pelbagai aplikasi berasaskan DeepSeek LLM untuk mewajarkan nama ‘AI PC’ pada namanya.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Huawei Dilaporkan Mula Menguji Mesin Pembuatan Cip EUV Buatan China
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY