Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000

Huawei Dilaporkan Mula Menguji Mesin Pembuatan Cip EUV Buatan China

Diterbitkan Mac 12, 2025 ยท Dikemas kini Mac 12, 2025 oleh ariff bukhari

Dunia mungkin bakal menyaksikan kemunculan kuasa baharu dalam penghasilan cip pemprosesan apabila Huawei dilaporkan sudah mula menguji mesin bagi menghasilkan cip pemprosesan buatan China.

Huawei dikhabarkan sedang menguji mesin penghasil semikonduktor baharu di kemudahannya yang terletak di Dongguan. Ia dibina dengan teknologi LDP (Laser Discharge induced Plasma).

Usaha itu dilihat sebagai langkah mengatasi sekatan perdagangan yang dikenakan AS terhadap China.

Jadi, sekatan untuk memiliki mesin litografi EUV bagi pembuatan cip oleh ASML yang berharga hampir RM2 bilion, China bertindak dengan membangunkan mesin pembuatan cip mereka sendiri yang bakal memanfaatkan syarikat- syarikat teknologi China.

Sehingga kini, hanya satu pengeluar di dunia sahaja yang mampu menghasilkan mesin litografi EUV, iaitu syarikat ASML dari Belanda yang merupakan peneraju dalam sistem fotolitografi yang digunakan dalam pembuatan semikonduktor.

Ini kerana ASML mempunyai kerjasama eksklusif dengan syarikat gergasi seperti Zeiss dan TRUMPF dari Jerman, yang mempunyai teknologi canggih dan kepakaran khusus dalam bidang ultraviolet ekstrem, menjadikan mereka tidak dapat ditandingi.

Antara syarikat ternama yang menggunakan mesin litografi EUV dari ASML adalah seperti TSMC, Samsung, dan Intel.

Cumanya, daripada imej yang dikongsikan dalam laporan oleh WCCFTECH itu menunjukkan, mesin litografi EUV buatan China adalah jauh lebih kecil berbanding mesin dibangunkan ASML.

Huawei Dilaporkan Mula Menguji Mesin Pembuatan Cip EUV Buatan China
Mesin litografi EUV buatan China ini dikatakan akan memasuki percubaan produksi pada suku ke-3 2025 ini.
ASML litografi
Mesin litografi EUV oleh ASML adalah bersaiz sebuah bas.

Masih belum banyak yang diketahui tentang keupayaan mesin tersebut.

Tetapi langkah Huawei ini dilihat sebagai usaha mereka bukan sahaja terhad mereka bentuk cip pemproses, tetapi juga untuk meningkatkan pengeluaran cipnya.

Nampaknya, mesin EUV buatan China mungkin akan dapat membantu syarikat itu mencapai matlamat mereka.

Berkaitan

  • ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kos Ganti Bateri EV Diramal Lebih Murah Daripada Ganti Enjin ICE Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY