Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, mungkin ada dikalangan anda yang ingin mencari telefon pintar terkini yang bukan sahaja berprestasi tapi lebih penting lagi mampu merakam saat indah raya anda pada kualiti foto dan video terbaik.
Untuk itu, berikut adalah senarai model telefon pintar terkini yang dicadangkan untuk hari raya anda bagi tahun 2025 ini.
iPhone 16 Pro / Pro Max
Jika anda mencari telefon pintar dengan kamera video terbaik, iPhone 16 Pro Max (atau versi Pro) adalah pilihan yang tepat.
Ia boleh diharap dalam pelbagai keadaan, mempunyai kualiti video terbaik dalam kelasnya, serta menawarkan tiga kamera berbeza untuk fleksibiliti.
iPhone 16 Pro Max mengatasi dalam kegunaan harian dengan kamera utama dan ultra lebar 48MP yang dipertingkatkan.
Gambar yang dihasilkan kelihatan lebih realistik dengan tona kulit lebih semula jadi, serta mod malam yang jelas dengan kurang gangguan.
Dalam aspek video, walaupun tidak menyokong resolusi 8K seperti S24/S25 Ultra, rakaman 4K pada iPhone ini sangat stabil, kaya dengan warna dan mod Cinematic serta Action yang efektif.
Turut melengkapinya adalah hayat bateri yang baik, paparan cantik, binaan titanium premium serta port USB-C untuk sambungan aksesori tambahan.
Siri iPhone 16 Pro adalah berharga dari RM4,999.
Beli iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max dari stor rasmi di:
- Shopee –https://invl.me/clml70w
- Lazada – https://invl.me/clml713
Siri vivo X200 / vivo V50
Baru sahaja dilancarkan lewat 2024 lalu, vivo X200 adalah salah satu model telefon Android dengan berprestasi yang pastinya menghasilkan foto raya terbaik untuk anda.
Dilengkapi lensa 50MP ZEISS yang menyokong sehingga 100x zum dengan mod telefoto potret, ia turut tersedia dengan fotografi makro melalui mod telefoto makro.
Selain itu, terdapat juga ciri seperti AI Photo Editing Suggestion dan AI Live Cutout.
Harga jualan bagi siri vivo X200 adalah bermula RM3,599.

Tetapi, jika vivo X200 agak mahal untuk anda, apa kata anda dapakan model vivo V50 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 13 Mac 2025.
Pada harga yang lebih mesra poket, vivo V50 ditawarkan pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB storan dalaman dan RM2,399 untuk varian 512GB + 12GB RAM.
Namun, ada juga varian 8GB+256GB dengan harga RM1,899 tetapi terhad dalam talian sahaja.

Beli vivo X200 dan vivo V50 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clml719
- Lazada – https://invl.me/clml71k
Oppo Find X8 Pro
Kelebihan utama Oppo Find X8 Pro ialah sensor utama yang mampu menangkap gambar dengan jelas dalam pencahayaan rendah, hasil daripada sensor berkualiti tinggi yang membenarkan lebih banyak cahaya masuk, serta menghasilkan gambar yang terperinci.
Mod potret pada Find X8 Pro juga sangat memuaskan sekali gus menghasilkan gambar potret raya anda menarik dan jelas.

Oppo Find X8 Pro dipacu cip MediaTek Dimensity 9400 dengan kapasiti gergasi 5910mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC dan 50W AIRVOOC.
Oppo Find X8 Pro (16GB RAM + 512GB storan) berharga RM4,999.
Beli Oppo Find X8 Pro dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmkzf4
- Lazada – https://invl.me/clmkzf6
Honor Magic 7 Pro / Honor 200 Pro
Memfokuskan AI, Honor Magic 7 Pro akan dapat memudahkan pengguna memperbaiki gambar pemandangan raya anda dengan menghasilkan imej baharu berdasarkan gambar asal menggunakan AI.
Namun, penggunaan ciri ini boleh berbeza hasilnya—ia sangat efektif untuk landskap tetapi kadang-kadang boleh mencipta imej yang kurang realistik.
Sementara itu, ciri potret AI pada Magic 7 Pro lebih lancar dan menghasilkan potret berkualiti tinggi.
Kepada mereka yang mahukan telefon pintar dengan kamera dipacu AI berkuasa, Honor Magic 7 Pro adalah yang paling sesuai dengan anda.

Honor Magic 7 Pro berharga dari RM4,599.
Tetapi, jika Honor Magic 7 Pro terlalu mahal dan masih mahukan model telefon dari Honor, dicadangkan anda memilih Honor 200 Pro.
Kerjasama Honor dengan studio terkenal Paris, Studio Harcourt menerusi Honor 200 Pro sudah cukup untuk membuktikan bahawa foto yang dihasilkan pasti tidak mengecewakan anda.
Ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP, dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2.5x, serta mod potret eksklusif Studio Harcourt.
Kamera belakang pula hadir dengan rekaan bonggol berbentuk bujur serta skrin hadapan OLED 6.8 inci (120Hz), dan resolusi 1224 x 2700 piksel.
Telefon ini dijana cip Snapdragon 8s Gen 3 yang berprestasi tinggi, serta dimuatkan bateri 5200 mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W dan tanpa wayar 66W.

Honor 200 Pro boleh didapati pada harga RM2,499.
Beli Honor Magic 7 Pro atau Honor 200 Pro dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmkzdm
- Lazada – https://invl.me/clmkzdn
Siri Xiaomi 15
Xiaomi 15 baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada awal Mac ini. Dilengkapi dengan sistem kamera Leica VARIO-SUMMILUX, berikut adalah antara ciri utama kameranya:
- Kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 900 dan apertur besar ƒ/1.62 untuk tangkapan cahaya maksimum.
- Kamera telefoto 50MP (60mm) dengan lensa terapung untuk zoom optik berkualiti tinggi dan fotografi makro dari jarak 10cm.
- Kamera ultra-lebar 50MP (14mm) untuk perspektif yang lebih luas.
- Kamera ini juga menyokong rakaman video 8K 30fps dan Dolby Vision 4K 60fps untuk hasil videografi profesional.
Xiaomi 15 dijual pada harga RM3,499 untuk 12GB+256GB di mana varian ini eksklusif dalam talian. Sementara varian 12GB+512GB pula berharga RM3,699.

Tetapi, jika anda ada bajet lebih besar, anda mungkin boleh masukkan model Xiaomi 15 Ultra ke dalam senarai pilihan telefon raya tahun ini.
Xiaomi 15 Ultra menampilkan sistem empat kamera Leica dengan jarak fokus dari 14mm hingga 200mm.

Kamera utama 50MP Sony LYT-900 dengan lensa Leica Summilux menawarkan bukaan ƒ/1.63 dan 14EV HDR, menghasilkan imej luar biasa dalam keadaan cahaya rendah.
Ia turut dilengkapi dengan lensa telefoto Leica 200MP, ambil imej jauh pun terasa sangat dekat.
Xiaomi 15 Ultra hadir dalam dua varian yang berharga RM5,199 (16+512GB) dan RM5,699 (16+1TB).
Beli siri Xiaomi 15 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clml71x
- Lazada – https://invl.me/clml71s
{suggest}