Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan – Menteri Pengangkutan

Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan – Menteri Pengangkutan

Diterbitkan Januari 6, 2025 ยท Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha meningkatkan ketelusan penguatkuasaan anggotanya, penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.

Beliau menyatakan bahawa penggunaan kamera badan bagi anggota JPJ di lapangan akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi telah dilaporkan berkata penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa JPJ sangat diperlukan untuk meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.

Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan berkenaan selain mengelakkan salah tafsir yang sering berlaku dalam kalangan anggota penguatkuasa semasa bertugas.

Menteri itu berkata, beliau telah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan berunding dan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan perolehan kamera badan itu.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip Dijadikan Sebagai Kamera Badan Anggota Polis
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini
  • Malaysia Antara Yang Terawal Perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY