Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-12T092639.618

Lenovo Tab M11 Tampil Dengan Skrin FHD 90Hz Dan 4 Tahun Kemas Kini

Diterbitkan Januari 12, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Lenovo telah melancarkan produk tablet terbaru iaitu Lenovo Tab M11 seiring dengan produk-produk Lenovo Legion dan Lenovo Yoga semasa acara CES 2024 berlangsung.

Lenovo Tab M11 Tampil Dengan Skrin FHD 90Hz Dan 4 Tahun Kemas Kini

Menurut pihak Lenovo, peranti ini dibina khas untuk penggunaan pelajar dan platform contengan bagi artis-artis dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G88 dan kapasiti bateri 7040mAh yang dijangka bertahan selama 10 jam.

Ia juga dilengkapi dengan Lenovo Tab Pen yang memudahkan penggunanya menulis nota dan melukis.

Paparan skrin yang digunakan oleh Tab M11 ini adalah skrin FHD 11 inci pada kadar segar semula 90Hz.

Tablet ini juga berkebolehan untuk memaparkan dua paparan dalam satu masa dan dilengakapi sistem audio empat pembesar suara daripada Dolby AtmosĀ serta 4 tahun jaminan sokongan perisian.

Berkaitan

  • CES 2024 - Produk 'Laptop' Siri Lenovo Legion Kini Tampil Dengan Cip LA AI
  • POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999
  • Kastam Pasang Mesin Pengimbas Bagasi Baharu, Dilengkapi Teknologi AI
  • Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP

Selain itu, peranti ini juga disokong oleh ciri Nebo yang mampu menukar tulisan tangan kepada tulisan teks, MyScript Calculator 2 untuk kegunaan penyelesaian masalah matematik dan WPS Office untuk paparan dokumen.

Lenovo Tab M11 ini dijangka akan tersedia dengan spesifikasi penuh pada bulan April 2024 dengan harga USD179.99 (~RM835.78)

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY