CES 2024 - Produk 'Laptop' Siri Lenovo Legion Kini Tampil Dengan Cip LA AI

Syarikat Lenovo juga tidak mengabaikan keluaran produk gaming mereka dengan penampilan komputer riba gaming siri Lenovo Legion semasa acara CES 2024 berlangsung.

Lenovo Legion 9i (16” Gen-9)




Model Legion 9i ini dikuasakan oleh cip Intel Core Gen i9-14900HX dan digabungkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090.

Paparan skrin yang digunakan adalah skrin VRR Mini-LED PureSight 3.2K dengan kadar segar semula 165Hz.

Untuk memori konfigurasi, komputer riba ini menyokong 64GB DDR5 5600Mhz dan slot storan 2TB PCIe Gen-4 serta dikuasakan dengan bateri 99.99Whr.



Model ini juga mempunyai permukaan belakang yang unik bagi sesebuah komputer riba iaitu bahan material daripada karbon palsu.

Selain itu, Legion 9i juga dilengkapi dengan cip Lenovo LA3-P AI yang menyokong ciri Scenario Detection bagi penyelarasan CPU dan GPU mengikut situasi penggunaan semasa. Turut digandingkan dengan ciri Smart FPS yang mampu mengisi ruang tertentu bagi sesuatu permainan jenis FPS.

Ciri kecerdasan buatan lain yang disertakan dalam komputer riba ini terdiri daripada Legion Aurora Sync, Smart Control dan Lenovo Vantage untuk penguasaan stabil dalam sesi berpanjangan.

Komputer riba ini dijangka akan lancar dengan spesifikasi penuh pada bulan Januari 2024 dengan harga USD4,399 (~RM20,417.96)

{suggest}

Lenovo Legion 7i (16” Gen-9) dan Legion 5i (16” Gen-9)




Bagi model Legion 7i (16” Gen-9) dan Legion 5i (16” Gen-9), kedua-duanya dikuasakan oleh cip Intel Core i9 14900HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 yang menyokong NVIDIA’s RTX AI.

Ia juga hadir dengan 32GB RAM DDR5 5600MHz dan storan 1TB SSD M.2 2280 PCIe Gen 4.

Paparan skrin pula diberikan pilihan iaitu skrin IPS 16 inci 3.2K dengan kadar segar semula 165Hz atau skrin WQXGA 16 inci dengan kadar segar semula 240Hz serta dilengkapi dengan ciri PureSight Display dan eSports Display untuk kedua-dua model.

Di samping itu, Legion 7i dan Legion 5i menggunakan Coldfront: Hyper sebagai kaedah baharu pengaliran haba yang akan dikeluarkan di bahagian tengah komputer riba dan Copilot Key disertakan khas pada model Legion 7i sahaja.

Untuk kedua-dua ini, ia akan dilancar bersama spesifikasi penuh pada bulan Mac 2024 dengan harga USD2,099 (~RM9,742.51) untuk model Legion 7i dan Legion 5i pada April 2024 dengan harga USD1,399 (~RM6,493.46).

Sumber: Siaran Media Lenovo