Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ThinkBook Modular AI PC Concept 1

Lenovo Perkenal Laptop Konsep Modular – Satu Ekosistem, Banyak Modul, Lebih Produktiviti

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo terus menampilkan produk dengan inovasi menarik apabila memperkenalkan ThinkBook™ Modular AI PC Concept di MWC 2026 sebagai visi baharu komputer masa depan.

Konsep ini menekankan reka bentuk modular, membolehkan komponen seperti paparan, papan kekunci, dan port I/O ditanggalkan serta digabung semula mengikut keperluan pengguna.

ThinkBook Modular AI PC Concept
Dengan pendekatan ini, perniagaan boleh menyesuaikan aliran kerja sama ada untuk pejabat, mobiliti, atau kerja kreatif.

Selain fleksibiliti, konsep ini turut mengintegrasikan kepintaran buatan (AI) untuk menyokong tugasan kompleks secara lebih lancar.

Lenovo turut menekankan aspek kebolehbaikan dan kelestarian, di mana pengguna boleh menaik taraf atau mengganti bahagian tertentu tanpa perlu membeli peranti baharu sepenuhnya.

Direka khusus untuk perusahaan, ThinkBook Modular AI PC menawarkan pilihan platform seperti Intel, AMD, dan Snapdragon, memberi kebebasan organisasi memilih ekosistem terbaik.

Jadi, apa jua perniagaan anda, beralih daripada paparan 14” kepada skrin lebih besar sehingga 19”, ThinkBook™ Modular AI PC boleh disesuaikan untuk apa jua aktiviti anda, sekali gus meluaskan ruang kerja dan meningkatkan produktiviti.

Berkaitan

  • Lenovo Tayang Komputer Riba Dengan Skrin Telus 17.3 Inci
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Lenovo Perkenal Laptop Dengan Engsel Bermotor Dan Skrin Boleh Gulung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY