Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo ThinkBook Transparent Display Laptop Concept

Lenovo Tayang Komputer Riba Dengan Skrin Telus 17.3 Inci

Diterbitkan Februari 26, 2024 ยท Dikemas kini Februari 26, 2024 oleh ariff bukhari

Di MWC 2024 yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, Lenovo menayangkan komputer riba terbaru mereka yang dilengkapi dengan skrin telus.

Ia diperkenalkan menerusi model komputer riba Lenovo ThinkBook.

Pengenalan itu adalah sebagai produk bukti konsep (proof-of-concept) kepada komputer riba dengan skrin telus yang akan merevolusikan interaksi dan pengalaman pengguna dengan paparan telus Micro-LED yang bersaiz 17.3 inci.

Lenovo ThinkBook Transparent Display Laptop Concept
Komputer Riba Konsep Lenovo ThinkBook dengan paparan telus.

Dengan skrin tanpa sempadan, kawasan papan kekunci lutsinar, dan reka bentuk yang seolah-olah terapung, ia memberikan rasa sederhana tapi berteknologi tinggi, meningkatkan pengalaman keseluruhan kepada penggunanya.

Kecanggihan komputer riba ini terletak pada integrasi pintar maya dan sebenar.

Melalui kuasa Kandungan Dijana Kecerdasan Buatan (AIGC), skrin telus komputer riba ini membolehkannya mengintegrasikan secara semula jadi dalam persekitarannya.

Pengguna boleh bertukar dengan lancar antara papan kekunci dengan pen yang disokong yang memberikan tahap kreativiti baharu.

Kombinasi AI dengan paparan telus akan membuka cara baharu untuk pengguna berinteraksi dengan peranti.

Berkaitan

  • Senarai Telefon Akan Terima Xiaomi HyperOS Versi Stabil
  • Xiaomi Pad 6S Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2
  • Papan Induk MSI Intel Dan AMD Kini Sokong Sehingga 256GB Memori

Sumber: Siaran media Lenovo

Beli barisan produk Lenovo dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clks4v0

Lazada: https://invol.co/clks4v9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY