Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo ThinkPad Rollable XD

Lenovo Perkenal Laptop Dengan Engsel Bermotor Dan Skrin Boleh Gulung

Diterbitkan Januari 8, 2026 · Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo mencuri perhatian di CES 2026 dengan mempamerkan 2 model komputer riba yang menggabungkan teknologi futuristik.

Menerusi model ThinkBook Plus Gen 7 Auto Twist, Lenovo memperkenalkan sebuah komputer riba dengan engsel bermotor yang membolehkannya memutarkan skrin secara automatik mengikut kedudukan, mod, atau sudut persembahan.

Ia menjadikan peralihan antara mod notebook, tablet, dan perkongsian lebih lancar serta senyap.

Lenovo Perkenal Laptop Dengan Engsel Bermotor Dan Skrin Boleh Gulung
ThinkBook Plus Gen 7 Auto Twist dilengkapi paparan OLED 14 inci 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Dolby Vision® bersama pembesar suara Dolby Atmos® berputar seiring skrin untuk audio konsisten.

Dikuasakan oleh Intel Core Ultra Series 3, ia menyokong sehingga 32GB RAM LPDDR5x dan storan 2TB SSD.

Selain itu, ia terbina kamera 10MP, menyokong sambungan pelbagai peranti menerusi 2x port Thunderbolt 4, 2x USB-A 3.2 Gen 2, 1x Audio jack dan 1x HDMI 2.1.

Hanya seberat 1.4kg dengan bateri besar 75Wh, ia sesuai untuk produktiviti dan gaya hidup moden.

ThinkPad Rollable XD Concept

Satu lagi model komputer riba baharu yang dibangunkan Lenovo adalah ThinkPad Rollable XD Concept, sebuah peranti dengan rekaan paparan yang boleh dikembangkan saiznya.

Peranti ini mampu berkembang daripada skrin 13.3 inci kepada hampir 16 inci, menawarkan lebih 50% ruang paparan tambahan untuk multitugas dan produktiviti.

Lenovo Perkenal Laptop Dengan Engsel Bermotor Dan Skrin Boleh Gulung
Skrin boleh gulung peranti ini dilindungi oleh kaca lutsinar Corning® Gorilla® Glass Victus® 2.

2 Komputer riba Lenovo ini merupakan peranti konsep. Jadi, Lenovo belum tentu akan memproduksi dan memasarkannya kepada pengguna umum.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ASUS Perkenal Cermin Mata 'Gaming' 240Hz Pertama Di Dunia
  • Pisau Ultrasonik Pertama Di Dunia Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,584

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY