Lenovo menggegarkan pentas Tech World Shanghai 2025 dengan pelancaran Lenovo Legion 9i (18”, 10). Sebuah komputer riba gaming berkuasa tinggi yang bukan sahaja direka untuk pemain tegar, tetapi juga pencipta kandungan 3D dan pembangun permainan profesional.
Lenovo Legion 9i 2025 dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, termasuk:
- GPU NVIDIA GeForce RTX 5090 (24GB GDDR7)
- CPU Intel Core Ultra 9 275HX
- Sehingga 192GB RAM DDR5 (Dual Channel)
- Sehingga 8TB SSD storan (PCIe Gen 4 & Gen 5)
- Paparan 18” PureSight 4K (hingga 440Hz) dengan pilihan paparan 2K 3D tanpa kaca mata
Laptop ini menyokong kadar segar semula sehingga 440Hz di FHD dan 240Hz di 4K, ideal untuk sesi kompetitif atau suntingan visual berketepatan tinggi.
Legion 9i turut menawarkan paparan 3D unik menggunakan eye-tracking dan lensa lentikular yang membolehkan pengguna melihat kandungan 3D tanpa set kepala atau kaca mata khas. Teknologi ini sangat berguna untuk pembangun Unreal Engine, artis 3D dan pereka permainan.
Lenovo menyuntik AI ke dalam pengalaman pengguna melalui:
- Cip Lenovo AI Core dan AI Engine+ untuk sesuaikan prestasi automatik
- Lenovo Legion Space – kawal pencahayaan RGB mengikut aksi game & kandungan
- Game Coach & Game Clip Master merupakan pembantu maya AI untuk bantu pengguna meningkatkan gameplay dan cipta kandungan
Rekaan Premium, Bunyi Mantap & Sokongan Profesional
- Sistem audio 6-speaker dengan subwoofer dan tweeter
- Rekaan Forged Carbon unik, lebih ringan dari aluminium
- Penyejukan Coldfront Vapor – prestasi tinggi kekal sejuk dan senyap (<48dB)
- Bateri 99.99Whr – sesuai untuk kerja on-the-go dan sesi pitching
- Port lengkap termasuk Thunderbolt 5, HDMI 2.1, dan pembaca kad SD
Dengan lebih 50% game moden dibina atas Unreal Engine, Lenovo Legion 9i 2025 jelas ditujukan kepada bukan sekadar pemain tetapi pencipta dunia maya. Sama ada anda pemain kasual dengan impian membina game sendiri, atau pembangun AAA yang perlukan kuasa maksimum.
Harga & ketersediaan
Harga rasmi dan ketersediaan tempatan untuk Lenovo Legion 9i (18”, 10) dan Legion Armored Backpack II akan diumumkan tidak lama lagi.
{suggest}