Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ThinkBook Flip AI PC Concept

Skrin Komputer Riba Lenovo Ini Boleh Dilipat 2

Diterbitkan Mac 4, 2025 oleh ariff bukhari

Lenovo di pameran MWC 2025 yang sedang berlangsung di Barcelona menayangkan komputer riba konsep dengan skrin yang boleh dilipat.

Menggunakan kod nama ThinkBook Flip AI PC Concept, komputer riba ini memperkenalkan paparan OLED  dengan ciri lipat ke luar membolehkan skrin penuhnya bersaiz 18.1 inci secara menegak.

Dalam mod lipat, skrin tersebut akan bersaiz 13 inci.

Reka bentuk inovatif ini membolehkan pengguna bertukar antara lima mod berbeza:

  • Clamshell Mode untuk tugas komputer riba tradisional,
  • Vertical Mode untuk semakan dokumen,
  • Share Mode untuk kolaborasi dwi-paparan,
  • Tablet Mode untuk kerja kreatif dan;
  •  Read Mode untuk bacaan bebas.

ThinkBook Flip AI PC Concept ini dilengkapi multi tugas AI yang dipertingkatkan dengan ciri Workspace Split Screen, membolehkan pelbagai aplikasi dijalankan serentak tanpa perlu monitor tambahan.

ThinkBook Flip AI PC Concept 1
ThinkBook Flip AI PC Concept 2

Dikuasakan oleh Intel® Core™ Ultra 7, 32GB LPDDR5X RAM, dan storan PCIe SSD, ia memastikan prestasi AI yang lancar.

Antara ciri lain yang ada pada komputer riba konsep ini adalah seperti Smart ForcePad yang menawarkan papan pemuka bercahaya tiga lapisan, port Thunderbolt™ 4 untuk menjamin sambungan pantas dan pengimbas cap jari.

Sebagai sebuah konsep, komputer riba Lenovo ThinkBook Flip ini mungkin tidak dilancarkan. Sebaliknya ia adalah lebih kepada inovasi dan teknologi yang mungkin akan diperkenalkan pada komputer riba generasi masa hadapan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Xiaomi Lancar Mijia Air Conditioner Pro Eco Di Malaysia, Harga Bermula RM1,699
  • Windows 11 Kini Sokong JPEG XL Menerusi 'Extension' Rasmi

Sumber: Siaran media Lenovo.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY