Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo gaming

Lenovo Legion Go S Diumum – Hadir Dalam Variasi Windows Dan SteamOS, Harga Bermula RM3,299

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Lenovo akhirnya memperkenalkan barisan baharu peranti Lenovo Legion Go di CES 2025, menawarkan pengalaman permainan mudah alih premium dengan spesifikasi terkini dan reka bentuk inovatif.

Lenovo Legion Go (8.8”, 2)

Lenovo Legion Go prototaip

Lenovo Legion Go (8.8”, 2) adalah prototaip generasi kedua yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen Z2 Extreme dengan grafik RDNA 3.5.

Ia hadir dengan paparan OLED PureSight 8.8” (1920 x 1200) pada kadar segar semula 144Hz, dengan kecerahan 500 nit dan sokongan VRR untuk pengalaman permainan lancar. Turut dilengkapi RAM 32GB LPDDR5X (7500Mhz) dan storan SSD sehingga 2TB untuk prestasi tanpa kompromi.

Bateri besar 74Whr yang menyokong pengecasan pantas 60 minit untuk 85% kapasiti.

Prototaip ini juga menampilkan reka bentuk ergonomik dengan pengawal TrueStrike bulat dan pad D bulat untuk input yang lebih pantas dan tepat.

Lenovo Legion Go S (8”, 1)

Lenovo Legion Go S Win

Model ini sesuai untuk pemain yang inginkan fleksibiliti. Antara ciri utama adalah seperti paparan LCD 8” WQXGA (1920 x 1200) dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 500 nit. Pemproses AMD Ryzen Z1 Extreme, RAM sehingga 32GB LPDDR5X (6400Mhz), dan storan SSD sehingga 1TB.

Bateri 55.5Whr dengan berat hanya 740g, menjadikannya peranti mudah dibawa.

Ia turut dilengkapi port USB4, pembaca kad microSD, dan sokongan Wi-Fi 6E untuk sambungan pantas.

Lenovo Legion Go S (8”, 1) 

Lenovo Legion Go S Steam

Model ini adalah peranti pertama di dunia (selain Steam Deck) yang dikuasakan oleh SteamOS, sistem operasi dari Valve yang dioptimumkan untuk permainan. Ciri utama termasuklah akses penuh kepada Steam Store dan perpustakaan Steam, sokongan Remote Play dan cloud saves untuk peralihan lancar antara permainan di PC dan peranti mudah alih.

Spesifikasinya mirip model Windows, dengan paparan 8” dan bateri 55.5Whr.

Dengan ini, pengguna di Malaysia akhirnya dapat menggunakan konsol permainan mudah alih yang menjalankan SteamOS (secara rasmi). Menurut Lenovo, peranti ini akan tersedia seawal Februari depan pada harga bermula RM3,299. Spesifikasi tempatan juga akan diumum kelak sekiranya terdapat perbezaan.

Berkaitan

  • Lenovo Lancar ThinkSystem N1380 Neptune, Penyejukan Cecair Untuk Pusat Data
  • Lenovo Perkenal ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM7,499

Sumber: siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY