Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scenario photo_quiet operation_V501SV

ASUS Lancar PC Kompak Siri V Dipacu Intel Core 7 240H, Hanya Berharga RM2,899

Diterbitkan April 9, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini melancarkan V500 SFF (V501SV) di Malaysia, sebuah PC desktop kompak yang direka khusus untuk isi rumah.

Ia tampil dengan reka bentuk yang menyatu dengan perabot dan suasana kediaman.

Dikuasakan oleh Intel® Core™ 7 Processor 240H, ia menawarkan prestasi lancar untuk kerja, hiburan, dan tugasan harian, lengkap dengan Microsoft Office Home 2024 serta langganan Microsoft 365 Basic.

Keistimewaan utama model ini ialah sistem penyejukan dengan paip haba tembaga, memastikan operasi senyap di bawah 22dB walaupun ketika beban tinggi.

Scenario photo_design 04_dark wood_V501SV
Asus V500 SFF lengkap dengan sambungan seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, 7x port USB, HDMI dan DisplayPort.

Pengguna juga boleh menaik taraf dengan mudah melalui sokongan untuk dua storan SSD M.2, dua modul DDR5, dan dua pemacu SATA.

Ditawarkan dalam warna Putih dan Hitam ASUS V501SV dijual hanya pada harga RM2,899 untuk pembeli awal (harga asal RM3,899).

Untuk info lanjut, layari laman rasmi ASUS V500 SFF (V501SV)|Tower PCs|ASUS Global.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ASUS Lancar Peranti USB Pertama Di Dunia Untuk Percepat Tugas AI Generatif
  • Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY