Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
muzium apple

Lelaki Ini Tubuh ‘Muzium Apple’, Pamer Koleksi 1,600 Barangan Apple Sejak 1976

Diterbitkan Jun 1, 2022 · Dikemas kini Jun 1, 2022 oleh Nadiah Ab

Pembukaan muzium baharu di bekas kilang logam di Warsaw menghimpunkan 1,600 pameran yang berkaitan dengan Apple, hasil usaha bertahun-tahun oleh pengumpul dari Poland.

Jacek Lupina, seorang arkitek berusia 56 tahun, telah mengumpul koleksi yang merangkumi seluruh sejarah syarikat teknologi terkemuka itu.

muzium apple
Jacek Lupina.

Dia percaya ini merupakan koleksi Apple terbesar dan paling lengkap di dunia.

Muzium ini ditempatkan di Fabryka Norblina, sebuah kilang bata merah dari awal abad ke-19 di tengah Warsaw yang telah bertukar menjadi ruang runcit dan hiburan.

Muzium Apple Poland

muzium apple

Matlamat muzium ini ditubuhkan adalah supaya pelawat dapat melihat bagaimana bermulanya kehebatan jenama ini.

Di pintu masuk muzium terdapat replika Apple 1, yang dikeluarkan pada tahun 1976, komputer peribadi pertama yang dijual oleh pengasas syarikat, Steve Jobs dan Steve Wozniak.

Lupina menggunakan komponen dari waktu itu untuk memasang model dan papan induk yang telah ditandatangani oleh Wozniak sendiri semasa lawatan ke Poland pada 2018.

Lupina berkata Wozniak meneliti semua pematerian, komponen, dan turut menunjukkan bahagian yang Steve berdua ingin ubah tetapi tidak dapat dilakukan.

Muzium ini termasuk berpuluh-puluh komputer seperti Apple II, Lisa, iMac, Power Mac, Macbook, Mac Pro, serta iPhone, iPod, iPad, buku arahan, perisian, dan barangan lain dari ekosistem Apple.

muzium apple
Replika Apple 1.
muzium apple
Komputer Apple berlainan generasi.
muzium apple
Apple II.

Dinding muzium dihiasi dengan poster pengiklanan asli, termasuk dari kempen “Think Different” yang terkenal dari 1997 yang memaparkan imej Bob Dylan, Pablo Picasso, dan Albert Einstein.

Lupina berkata dia mula mengumpul hanya untuk kepuasan dan kerana produk itu sebelum ini terlalu mahal untuk penduduk Eropah pasca-Komunis.

Selepas beberapa lama, koleksi itu mula memenuhi ruang rumahnya di pinggir Warsaw, mendorongnya menjual perabot di ruang tamu, meja, dan kerusi.

muzium apple
Komputer Macintosh diperbuat dari lego.
muzium apple

Disebabkan itu, Lupina memutuskan untuk membuka muzium ini pada hujung minggu lalu, dengan ruangan yang lebih luas di samping dapat mempamerkan koleksi Apple kepada orang ramai.

Sumber: 9to5Mac, Apple Museum Poland

Sumber gambar: Tech Xplore

Baca juga:

  • Kisah Di Sebalik Mengapa Syarikat Apple Dipanggil “Apple”
  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Sebab Kenapa Produk Apple Mahal ‘Level’ Kayangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY