Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
syarikat apple

Kisah Di Sebalik Mengapa Syarikat Apple Dipanggil “Apple”

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Sebelum saya bercerita tentang asal usul nama Apple, bagi anda yang ingin membeli peranti-peranti Apple, boleh terus membelinya di Shopee – https://invol.co/clacm1t atau Lazada – https://invol.co/clacm2g. Oleh itu, tanpa membuang masa, jom teruskan membaca.

Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne menubuhkan syarikat Apple Computer Company pada 1 April 1976, yang kini kita kenali sebagai Apple Inc..

Terdapat pelbagai versi tentang asal usul dan mengapa syarikat Apple dipanggil Apple. Namun, untuk artikel ini, saya hanya akan kongsikan versi yang paling terkenal dan mungkin sekali yang paling benar.

Kisah Di Sebalik Mengapa Syarikat Apple Dipanggil “Apple”
Dari kiri: Steve Jobs, Ronald Wayne, dan Steve Wozniak. Sumber: The Washington Post

Epal menjadi “Apple”

Berdasarkan biografi yang ditulis oleh Walter Isaacson, Steve Jobs mendedahkan dia memperoleh ilham tersebut ketika sedang dalam “diet buah”nya.

Sewaktu dia baru sahaja pulang dari melawat sebuah ladang epal, dia menyangkakan nama “epal” itu sendiri berbunyi “fun, spirited, and not intimidating” (menyeronokkan, penuh semangat, dan tidak menakutkan).

Memetik dari kenyataan Steve Wozniak dalam buku yang sama,

“I remember I was driving Steve Jobs back from the airport along Highway 85. Steve was coming back from a visit to Oregon to a place he called an “apple orchard.” It was actually some kind of commune. Steve suggested a name – Apple Computer.”

Sejak dari itu, kedua-dua rakan ini bersetuju untuk memilih nama buah “epal” sebagai nama syarikat mereka, Apple Computer.

Menurut Wozniak, apabila Apple Computer diusulkan oleh Steve Jobs, ia disambung dengan perbincangan dan pertukaran idea antara mereka untuk mencari nama yang lebih teknikal, namun tiada perkataan yang lebih sedap didengar.

Akhirnya, perbincangan tersebut membawa kepada persetujuan untuk memilih “Apple Computer”, yang ringkas dan bagi mereka berbunyi jauh lebih baik berbanding nama yang lain.

Itulah dia serba sedikit tentang asal usul nama jenama “Apple” yang cukup kita kenali hari ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: Macworld, AriffMac

Baca juga:

  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Sebab Kenapa Produk Apple Mahal ‘Level’ Kayangan
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Dengan ‘Face Mask’ Tanpa Apple Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY