Leica M10 Monochrom - Dimensi Baru Fotografi Hitam Putih Dengan Sensor 40MP

Leica akhirnya memperkenalkan kamera Monochrom dengan rekaan M10, iaitu kamera yang dilancarkan pada tiga tahun lepas. Leica M10 Monochrom mempunyai ciri-ciri rekaan dan fungsi M10-P 2018, seperti binaan yang nipis dan sambungan tanpa wayar, namun dengan sensor hitam putih 40MP.



Walaupun dua kamera Monochrom sebelumnya telah mengubah versi sensor warna daripada kamera model M yang lain, namun M10 Monochrom yang baharu ini adalah yang pertama dengan sensor unik yang terbina khusus untuk fotografi hitam putih.

Cip sensor 40MP dan bingkai penuh adalah berbeza daripada sensor warna 47MP yang terdapat pada Leica Q2 dan SL2, dan merupakan resolusi paling tinggi bagi kamera model M. M10 Monochrom mempunyai sensitiviti ISO dari 160 sehingga 100,000. Dengan tahap prestasi ini, M10 Monochrome adalah lebih berkemampuan dari model sebelumnya, dalam sebarang senario pencahayaan.

Selain dari sensor, M10 Monochrom pada dasarnya adalah M10-P dengan kemasan cat matte (black chrome). Ia mempunyai binaan yang nipis daripada Typ 146 Monochrom, terbina dengan sambungan Wi-Fi, shutter tanpa bunyi, skrin sentuh dan tiada fungsi video. Leica mengeluarkan fungsi video kerana pelanggan tidak menggunakannya, walaupun ditambah pada generasi lepas. M10 Monochrom juga dilihat tidak mempunyai logo klasik Leica berwarna merah pada hadapan kamera.

Leica M10 Monochrom dijual dengan harga $8,295 (~RM 33,657), iaitu $500 (~RM 2,000) lebih murah berbanding harga semasa M10-P.



Sumber: The Verge, Leica