Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eMADANI MOF

Lebih 7 Juta Permohonan Kredit RM100 eMADANI Sudah Diterima – Kementerian Kewangan

Diterbitkan Disember 4, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan sudah menerima lebih 7 juta permohonan kredit RM100 eMADANI setakat jam 5.00 petang, hari ini.

Berkaitan

  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Ini Perbandingan e-Dompet Yang Lebih Berbaloi Tebus Kredit RM100 eMADANI
  • Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian

Menurut kementerian itu, dengan jumlah pendaftaran luar biasa yang diterima, masalah teknikal yang dialami pada awal pembukaan pendaftaran eMADANI telah berjaya ditangani dan kembali berfungsi seperti biasa.

Dalam pada itu, MOF turut mengingatkan permohonan program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024. Bermakna, penerima yang belum memohon masih mempunyai tempoh yang panjang, iaitu lebih daripada dua bulan untuk membuat pendaftaran melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih – MAE, Setel, Shopee Pay dan TNG eWallet.

Bagi penerima yang memenuhi syarat kelayakan dan telah melalui proses verifikasi ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) semasa pendaftaran, kredit RM100 eMADANI akan dimasukkan ke dalam e-dompet dalam tempoh sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Dalam kenyataan berasingan, MOF turut menegaskan pihak kerajaan akan mengambil langkah seperti menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sumber: MOF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY