Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2021: Inisiatif RM50 eWallet Akan Disalurkan Kepada Belia Berumur 18 Hingga 20 Tahun

Inisiatif Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM100, Diperluas Kepada 1.1 Juta Mahasiswa

Diterbitkan November 26, 2020 · Dikemas kini November 26, 2020 oleh Amalina Athman

Pada Belanjawan 2021 yang diumumkan awal November lalu, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet secara one-off melalui program eBelia.

Pengkreditan ke dalam eWallet ini dijangka akan memberi manfaat kepada 1.5 juta golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.

Terbaru, menerusi sidang parlimen yang berlangsung petang ini, Menteri Kewangan melalui Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan untuk menambahbaik Program eBelia.

Melalui penambahbaikan ini, bantuan program eBelia telah ditingkatkan daripada RM50 kepada RM100 seorang serta akan diperluaskan kepada 1.1 juta mahasiswa di IPTA dan IPTS.

Bagi mahasiswa di IPTA dan IPTS, mereka yang berumur lebih daripada yang ditetapkan juga layak untuk menerima inisiatif ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY