Pemberian Kredit e-Tunai RM100 Dijangka Suku Keempat Tahun Ini

Perdana Menteri pada minggu lalu telah mengumumkan pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat dewasa dengan pendapatan tahunan bawah RM100,000.

Terbaharu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pemberian kredit berkenaan akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini, iaitu di antara Oktober hingga Disember 2023.

{suggest}

Buat masa ini, MOF masih memperincikan inisiatif tersebut dengan pemegang taruh. Berikutan itu, belum lagi diketahui tarikh spesifik mahupun mekanisme pemberian kredit e-tunai itu.

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1686243683447021568

Seperti diumumkan Perdana Menteri, bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40 dengan jangkaan peruntukan melebihi RM1 bilion.

Sementara itu, bagi belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa yang belum menerima kredit eBeliaRahmah RM200 boleh membuat permohonan sehingga 22 Ogos 2023. Untuk bacaan lanjut, klik di SINI.

Sumber: Kementerian Kewangan