Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 12 5G_

realme 12 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1099

Diterbitkan Mac 25, 2024 ยท Dikemas kini Mac 25, 2024 oleh Amalina Athman

realme Malaysia secara rasmi membawa masuk model realme 12 5G untuk pasaran tempatan, melengkapkan ketiga-tiga model dalam siri ini.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Siri realme 12 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Menyentuh spesifikasi, realme 12 5G menampilkan skrin berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula 120Hz serta puncak kecerahan 950 nit.

realme 12 5G_8

Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 6100+ bersama konfigurasi 8GB RAM LPDDR4x dan storan sehingga 512GB. Terdapat juga penambahan RAM maya sehingga 8GB.

Untuk fotografi, realme 12 5G dimuatkan kamera dengan 108MP utama, 2MP potret dan 8MP swafoto.

realme 12 5G_1

Beralih ke bahagian dalam, peranti ini dibekalkan kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W melalui port USB-C.

realme 12_2
realme 12_3

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2, serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Dua pilihan warna tersedia iaitu Twilight Purple dan Woodland Green.

Harga & ketersediaan

realme 12 5G kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,099 (8GB + 256GB) dan RM1,299 (8GB + 512GB).

realme 12 5G_5

Untuk pembelian realme 12 5G, layari kedai rasmi di Shopee, Lazada atau TikTok Shop.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY