Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Ultra_7

Xiaomi 13 Ultra Rasmi – 50MP Kuad-Kamera Leica, Apertur Boleh Ubah

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh Amalina Athman

Xiaomi secara rasmi hari ini memperkenal Xiaomi 13 Ultra, iaitu peranti andalan yang memfokuskan kepada keupayaan fotografi, untuk pasaran China.

Kamera

Xiaomi 13 Ultra_8

Bermula dengan tumpuan utama Xiaomi 13 Ultra, sejumlah empat lensa Summicron Leica ditempatkan pada modul kamera di panel belakang peranti.

Lensa utamanya mempunyai 50MP sensor 1-inci IMX989, f/1.9 dengan apertur boleh ubah, 23mm focal length (panjang fokus) serta sokongan 8P+HyperOIS.

Xiaomi 13 Ultra_3

Sementara tiga lagi kamera untuk ultra-lebar, telefoto dan super-telefoto menggunakan tetapan 50MP+50MP+50MP dengan sensor IMX858. Di bahagian hadapan pula menempatkan kamera swafoto 32MP.

Spesifikasi

Menyentuh spesifikasi asasnya, Xiaomi 13 Ultra dilengkapi skrin OLED berukuran 6.73-inci bersama resolusi WQHD+, LTPO dengan 120Hz kadar segar semula serta sokongan Corning Gorilla Glass Victus. Xiaomi mengatakan panel peranti boleh mencecah maksimum kecerahan sehingga 2,600nits.

Xiaomi 13 Ultra_2

Untuk menguasakan peranti, ia dimuatkan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 bersama gandingan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB yang berasaskan UFS 4.0.

Di bahagian dalamnya pula diisi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan 90W pengecasan berwayar dan 50W pengecasan tanpa wayar. Ia turut dilengkapi teknologi Loop LiquidCool bagi meningkatkan keupayaan pelesapan haba.

Xiaomi 13 Ultra_1

Antara lainnya, Xiaomi 13 Ultra didatangkan dengan sokongan IP68, USB 3.2 Gen 1, Bluetooth 5.3 dan antaramuka MIUI 14.

Harga

xIAOMI 13 ULTRA_6

Xiaomi 13 Ultra tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu Black, White dan Olive Green. Berikut adalah harga permulaan bagi setiap varian yang ditawarkan untuk pasaran China.

  • 12GB + 256GB – 5,999 yuan (~RM3,867)
  • 16GB + 512GB – 6,499 yuan (~RM4,190)
  • 16GB + 1TB – 7,299 yuan (~RM4,705)

Bagi pasaran global, Xiaomi mengatakan Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Xiaomi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Dijual Pada Tanda Harga Bermula RM3499
  • Xiaomi Lancar Skuter Elektrik 4 Ultra, Dimuatkan Dengan Bateri 12000mAh

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY