Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memaklumkan pendaftaran dan tuntutan kredit e-tunai sebanyak RM100 secara one-off, akan dibuka mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
Melalui inisiatif program eMADANI itu, ia dijangka memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa merangkumi golongan B40 dan M40, dengan peruntukan RM1 bilion.
Sementara itu, maklumat lanjut mengenai mekanisme pemberian kredit e-tunai RM100 boleh dirujuk melalui pautan INI.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.
Sumber: Berita RTM
