Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Leica F1

Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu

Diterbitkan Oktober 21, 2026 oleh Amsyar Latif

Leica Camera dan Formula 1 (F1) mengumumkan kerjasama rasmi dengan memperkenalkan Leica Q3 43 Formula 1 Edition, sebuah kamera edisi khas yang menggabungkan teknologi fotografi Leica dengan elemen reka bentuk perlumbaan F1.

Kamera tersebut mula ditawarkan pada 21 Oktober 2026, dengan harga AS$9,950 (~RM40,577) bagi pasaran Amerika Syarikat.

Menurut pengumuman rasmi Formula 1, kamera ini tampil dengan kemasan gentian karbon sebenar yang digunakan pada bahagian grip, sokongan ibu jari dan butang pengatup.

Selain itu, badan kamera menggunakan lapisan Microvelour hitam yang diinspirasikan daripada tekstur stereng kereta F1, manakala beberapa butang kawalan diberikan kemasan merah.

Logo rasmi F1 turut ditempatkan pada bahagian atas kamera dan penutup lensa, bersama tali kamera khas yang memaparkan identiti kedua-dua jenama.

Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
Leica F1

Hadir Dengan Mod Warna Eksklusif Formula 1

Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu

Leica turut memperkenalkan ‘Formula 1’ Leica Look, iaitu profil warna eksklusif yang menghasilkan imej dengan kontras dan ketepuan warna lebih tinggi.

Profil tersebut boleh dipasang melalui aplikasi Leica FOTOS dan digunakan ketika mengambil gambar, dengan hasilnya dipaparkan secara langsung melalui pemidang tilik kamera.

Dari segi spesifikasi, Leica Q3 43 Formula 1 Edition mengekalkan perkakasan pengimejan model standard, termasuk sensor CMOS full-frame 60MP dan lensa tetap APO-Summicron 43mm f/2 ASPH.

Kamera ini turut menyokong pilihan resolusi 60MP, 36MP atau 18MP, sistem autofokus hibrid serta rakaman video sehingga 8K.

Selain itu, ia disertakan dengan grip khas berkemasan gentian karbon yang menyokong pengecasan tanpa wayar menggunakan pad pengecasan serasi.

Leica Q3 43 Formula 1 Edition boleh didapati menerusi Leica Store, kedai dalam talian rasmi Leica dan pengedar terpilih.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia atau tidak.

Berkaitan

  • Insta360 Luna Ultra Kini Rasmi - Dwi-Lensa Leica, Harga Bermula RM2,999
  • HONOR Magic9 Pro Max Diuji Di Sepang, Tampil Sistem Kamera Dwi 200MP ARRI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
©2026 WISER.MY