Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Lebih 82% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia Kini Dengan Liputan 5G

Diterbitkan November 26, 2024 oleh ariff bukhari

Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas, berbanding 80.2 peratus sehingga Disember 2023.

Selain itu, peratusan liputan Internet di kawasan berpenduduk direkodkan pada kadar 98.38 peratus setakat 30 Sept, berbanding 97.07 peratus pada 2023.

Kelajuan purata 5G di Malaysia pula adalah selaju 240 Mbps. Ia berdasarkan semakan di laman Peta Liputan 5G mutakhir yang dikemas kini setakat 2 September 2024.

Peta Liputan 5g Malaysia 2024

Bagi ketersambungan digital di kawasan sekolah dan perindustrian pula telah melibatkan 4,323 sekolah dan 45 kawasan perindustrian selain 1,463 projek Points of Presence (PoP) dilaksanakan.

Kerajaan telah berusaha menawarkan akses Internet pada harga lebih murah menerusi pelbagai Pakej 5G Rahmah  seperti Pakej Internet Mudah Alih Rahmah, Pakej Jalur Lebar Tetap (home internet) Rahmah, Pakej Perumahan Awam@MyKabel Rahmah dan Pakej Jalur Lebar Tetap (home internet) Allo Technology Rahmah.

Turut dilaksanakan ialah pakej 5G Rahmah yang antara lain melibatkan insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam, Pakej P-Hailing Rahmah, Pakej Rahmah Prabayar Siswa dan Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps - Opensignal
  • Lelaki China Ditahan Polis Bangkok Kerana Hantar 1 Juta Mesej SMS Palsu

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY