Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G_

Lebih 52% Pengguna Kini Nikmati Akses Rangkaian 5G – Fahmi

Diterbitkan Disember 17, 2024 · Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia mencatatkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan teknologi 5G, dengan lebih 52% pengguna kini menikmati akses kepada rangkaian itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia merupakan peningkatan ketara berbanding angka tahun lepas, yang mencerminkan usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk memperkukuh infrastruktur digital negara.

Dilaporkan pada November 2023, penerimagunaan 5G berada pada kadar 12.5% dengan angka terkini menunjukkan peningkatan sekitar empat kali ganda.

Ini angka yang sangat-sangat baik kalau nak dibandingkan dengan setahun yang lalu, dan kita juga telah berupaya menyelesaikan banyak masalah melibatkan projek JENDELA (Jalinan Digital Negara) yang secara keseluruhan bagi fasa pertama menelan belanja RM5.15 bilion. Banyak daripada masalah ini tidak mampu kita lakukan, tidak mampu kita selesaikan tanpa usaha sama yang baik.

Tidak hanya pihak kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), malah usaha sama itu turut melibatkan dalam kalangan pembina menara dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Bercakap mengenai perkembangan JENDELA, Fahmi berkata setiap syarikat telekomunikasi mempunyai sasaran jumlah menara yang perlu disiapkan dan diaktifkan menjelang tarikh akhir yang telah ditetapkan iaitu pada Jun 2025 bagi projek fasa pertama.

Dalam pada itu, MCMC turut diminta untuk memperketatkan langkah keselamatan bagi menara telekomunikasi di kawasan yang sering terdedah kepada vandalisme atau kecurian.

Saya akan minta supaya menara-menara JENDELA perlu dinaik taraf. Pertama dengan pagar anti-climb, kedua dengan kawat berduri. Sekarang ini mereka gunakan yang lain..nampak terlalu mudah untuk dipotong atau dipanjat.

Berkaitan

  • Pengguna 5G Di Malaysia Kini Cecah 29.9% - Fahmi Fadzil
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • PM Kesal Kelewatan Pelaksanaan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY