Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim_ Dis

PM Kesal Kelewatan Pelaksanaan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan Disember 5, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara, iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.

Beliau berkata pelaksanaan MyDigital ID terlambat selama setahun, manakala rangkaian 5G kedua masih tertangguh kerana rundingan untuk projek itu tidak mendapat respons positif daripada Digital Nasional Berhad (DNB) dan syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata, kelewatan kedua-dua projek itu disifatkan sebagai cuai dan menjejaskan kemajuan negara dalam merealisasikan agenda transformasi digital.

Ini menyebabkan saya agak hilang kesabaran. Kerja itu yang saya anggap cuai, lambat kerana bagi saya bagaimana digital kita nak bawa kepada AI (kecerdasan buatan), padahal perkara asas yang patut kita bina dalam negara belum kita siapkan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pelaksanaan kedua-dua projek itu adalah penting dan perlu disegerakan kerana negara akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan, yang antara lain memfokuskan kepada agenda Grid Tenaga ASEAN, rangkaian digital dan teknologi makanan.

Namun begitu, Perdana Menteri memohon maaf atas keterlanjuran beliau yang telah memarahi secara keterlaluan dalam menegur perkara itu pada mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat  Negara (MED4IRN) semalam.

Berkaitan

  • Belanjawan 2025: MyDigital ID Akan Jadi Aplikasi Tunggal Kerajaan
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • NSRC Berjaya Sekat RM19 Bilion Wang Jenayah Penipuan Dalam Talian - PM

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY