Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia

Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia

Diterbitkan Disember 2, 2022 oleh Amalina Athman

Perisian hasad Android yang menyamar sebagai aplikasi membaca dan pendidikan telah aktif sejak 2018, yang mana ia mempunyai keupayaan untuk mencuri maklumat akaun Facebook daripada peranti yang terjejas.

Berkaitan

  • Penjenayah Siber Dikesan Guna Logo Lama Windows Ini Untuk Sembunyikan Perisian Hasad
  • Buang 5 Aplikasi Android Ini Sekarang Kerana Sebar Perisian Hasad Perbankan Melalui Play Store
  • Salah Satu 'Challenge' Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

Terbaharu, laporan Zimperium menyatakan perisian hasad Android telah menjejaskan sekurang-kurangnya 300,000 peranti di 71 negara, dengan fokus utama adalah Vietnam. Bagi peranti di negara lain yang turut terjejas antaranya termasuk di Malaysia, Singapura, Indonesia dan sebagainya.

Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia
Peta peranti di negara yang terjejas

Sebilangan aplikasi digunakan untuk menyebarkan trojan, yang mana Zimperium namakan sebagai perisian hasad ‘Schoolyard Bully’, sebelum ini berada di Google Play namun kini telah dialih keluar.

schoolyard bully

Bagaimanapun, Zimperium memberi amaran bahawa 37 aplikasi itu masih boleh dijumpai melalui gedung aplikasi Android pihak ketiga.

Dinyatakan, aplikasi dengan perisian hasad Schoolyard Bully yang menyamar sebagai aplikasi pendidikan ini tidak berbahaya dan malah bermanfaat.

Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia

Akan tetapi, matlamat utama perisian hasad ini adalah untuk mencuri maklumat akaun Facebook (e-mel, nombor telefon, kata laluan), ID akaun, nama pengguna, nama peranti, RAM dan API peranti.

Gambar utama: Zimperium

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY